Salam semua....
Mentang2 lah nak dekat raya, banyak entri ku yang bertajuk wang, duit dan kali ini hutang...Entah macam mana, apabila aku menaip di google untuk perkataan hutang, tiba-tiba tajuk Petua Minta Hutang Terkeluar..(aku setkan google search automatik)
Ramai yang suka berhutang..ye aku tahu....aku pun salah satu penghutang dan pemiutang...Hutang-hutang aku so far, dibayar dgn tetap walaupun ada yang begitu susah nak dibayar..(hutang keta, rumah..adeh3x...)Hutang orang kat aku?cukuplah sekadar aku bagitau yang si polan dan polan ini berhutang dengan ku sekian-sekian amaun..yang lebihnya terpulang kepada individu itu sendiri nak membayar nya..tapi, jauh sekali untuk aku menghalalkan nya (depend la dgn attitude penghutang tu..kalo jenis yang byk dolak dalih, akan ku tuntut hutang itu di akhirat kelak)
Memetik dari Blog http://zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html,
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; "
Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
So, berbalik semula kepada blog yang memberikan petua Minta Hutang tersebut, kat bawah nie aku dah copy and paste kan dari blog beliau-->http://linncomel.com/index.php/2006/10/16/petua-minta-hutang
Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50 an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.
Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur . Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tak bayar,anggaplah itu satu sedekah.
Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500 rezeki hari raya.
Apakah petua yang telah saya perolehi? Teruskan membaca..
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.
Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.
Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.
Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.
p/s: Semoga pakcik Driver teksi tersebut akan mendapat ganjaran pahala dan diberkati ALLAH dengan ilmu yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Amin..