Showing posts with label barang kerepak. Show all posts
Showing posts with label barang kerepak. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Masalah duit?

Aku heran, sejak dua menjak nie aku bagaikan kaunter pertanyaan untuk masalah kewangan..tak kurang jugak ada yang straight to the point tell me that they need money and intended to borrow it from me..well, do i look like a banker?or a rich person?I'm also struggling to meet the ends met, by the way..and I'm only an inch better than yours..no more, no less.

Money comes, money goes..money earns, money spend...

Ditambah kan lagi dengan insiden kemalangan (aku yang langgar orang, pastu orang yang aku langgar berlalu begitu sahaja, tapi keta ku kemek sikit kat depan dan pecah no plate), lagi la nak guna duit...persiapan nak raya lagi..haih~

i've read Confession of the Shopaholic...the father mentioned if the daughter don't have money, either she had to Cut Down or Make More Money..what do you think?

So, persoalan nya, bukan orang yang meminjam, tetapi lebih kepada isu global...adakah desakan hidup semakin tinggi?barang-barang keperluan semakin mahal?Inflasi?atau kita sebenarnya dibebani oleh ridiculous tax and service that we need to pay?(fyi, the goverment of Malaysia recently increasing their tax from 5% to 6%, and private broadcasting service provider also increased their service bill eventhough being asked by the Who Minister to keep the rate down..well i guess the Who Minister is aint minister, as the word just go by without any action being taken)

who's to be blame when inflation?the rich became richer, the poor are made to the poorest state~

Dan adakah nilai Ringgit semakin hilang nilai nya?seakan turun ke nilai Rupiah?

Well Najib, you better move your as* and analyze this situation then take action before being thrown down in the next General Election!!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sehari Sebelum Ramadhan

Wah, berpusu-pusu orang keluar membeli barang hari ini..mcm there's no tomorrow...rasa nak pergi berperang pun ada gak...macam-macam yang dibeli hingga penuh satu troli time aku g Emart semalam. ada yang beli 3 in 1, ada yang beli stok telur sampai 3 papan, mee maggi berkotak-kotak dan tak kurang jugak ada yang memborong kurma (mentang2la kurma yusuf tayyop di Emart just rm4.99 jak)

1st Ramadhan bersamaan 1 Ogos (OMG,dah ogos???!!)

Aku kluar dari rumah macam biasa..rasa macam hari ahad la pulak~trafik berjalan lancar dari simpang Gita ke Bulatan Petra Jaya dan Menuju ke Jalan Satok...masuk parking pun macam takda orang bkerja..kosong!!lengang!!

Anyway, apa-apa pun yang berlaku, aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 1932H dan semoga Ramdhan ini menjadi satu keberkatan bagi kita semua...Amin~

Friday, July 29, 2011

kedekut atau berjimat?~

Dulu-dulu, especially study time, aku tak sabar nak tunggu zaman bekerja..walaupun ada yang kata;

"ko akan merindui zaman persekolahan~"


"zaman belajar la best, tak payah nak pikir apa"

The truth is, i hate schooling time, more than anything else...ngaper aku cakap macam tu?sebab aku duduk kat sekolah asrama, semua nya kene ikut by the rules...rules and nothing but rules...rimas!!!lemas!!!

Lagi satu, bila dah bergelar seorang pelajar, banyak betul kena bayar...yuran, yuran bilik, bayar T-shirt kelab, yuran persatuan dan seribu macam yuran tah apa kobondo~Last2 aku bayar yuran guna duit syiling la pulak~tu pun hasil pengorekan dalam tabung dan duit yang di selongkar dalam loker ataupun bawah katil (entah duit aku ka duit orang lain, hantam saja)

Bila dah tak ada duit, mula lah aku memasang angan-angan kunun2 nya kalo dah bekerja nanti, blh la aku memakai wangian DKNY (tak mainlah beli kat jualan murah AVON~), pakaian dalam yang sepasang atas dan bawah nya yang dibeli dari butik dan gedung pakaian terkemuka (tak main la beli dari kedai apek cina kat india street, apa kelas~), barangan beauty care jenis yang ratusan (bukan jenis yang beli dari kedai yang kat rak biasa~)
Angan2 aja nak pakai Victoria Secret, ngko mampu?
Ceh~

Tapi bila dah bekerja, rasanya makin miskin la pulak....dulu kalo nak balik kampung, naik MAS pun blh tiap2 bulan (sekarang mampu drive jah~). minyak wangi DKNY pun pakai main sembur skali jer setiap pagi..sayang wor~

Monday, July 25, 2011

Tension or stress?

Sebagai mana dengan tajuk seperti diatas, aku juga mengalami masalah delusional samada stress atau tension...jika diikutkan dengan slanga tempatan, stress atau tension merujuk kepada salah satu masalah cabangan mental..seperti di dalam ketegangan minda dari permasalahan peribadi ataupun kerjaya.

contoh kejadian;

Si A : banyak keja aku ari tok eh!!!sik ku tauk nak polah nak ney sigek..berjarut-jarut jak palak ku...tension!!! (sambil menarik-narik rambut nya ala-ala rupa Amy Winehouse~tedah, dah sikda agik nya)

Si B : nakpa hal di kaong2 kau sia?lewat juak rupa kau kedak urang sik betul jak?sikkan la stress sampai mcm ya gik rupa eh?

tetapi, apa yang ingin di perkatakan di sini adalah, adakah tension dan stress itu merupakan permasalahan yang sama?

mengikut bahasa english - Melayu, tension merujuk kepada KETEGANGAN, manakala stress beerti TEKANAN atau TERIKAN.

Jadi, apakah tension atau stress lebih merujuk kepada permasalah mental?


Rumit kan?

***********************************************************************************

eh, mun aku la nengar samada stress atau tension, mana kau jak la sia...mun dah stress or tension, papa pun dah sik di lalek agik...so sukali lah aku nak makey word stress or tension..

pengumuman,
entri ini dibuat atas dasar suka-suka sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati atau yang sedang tension atau yang sedang stress...

enjoy!!!

i'm in (fill in the blank, please~)

i don't know what had happened to me recently...job has been a routine activity in my life, yet with so unanswerable questions and solutions that need to provide and maintain~ (no wonder some of my friends was so complaining about this~and I've been good to give them a pat in the shoulder and said everything was going to be fine,fine and fine~)

my boss once said to me, don't give too much expectation....and don't give high hope to those unforeseen event, as it might turn sour and your hope crumbling down to you~must always provide option A, B and so on..(tsk..tsk..tsk..true indeed).but option?giving me full of headache and sometimes turn to nightmare that chase my sweet dream away~

well...life must go on..and to make sure your life still in the circle, money must be earn...which by default need a job to generate the money, more subtle known as income..

so friends, just put your head up in the air, even though your heart was heavy as stone (lead actually), and your tears was running down your cheeks, but, put a smile and be proud of whatever you do...life need attitude and determination by the way....

Monday, May 30, 2011

welkam aboard

wasey...dah lama tak jenguk blog..tengok2 dah bersawang...aku pun dah tak tau apa nak tulis...busy lah!!!melampau2...setiap minggu kene travelling, not yet plus the parent chore lagik!sampai aku pun dah sadar yg kita nie nak masuk in the middle of the year dah...

so, what's up?

kalo nak ikutkan, ada banyak yang aku nak ceritakan kat sini...nakc erita pasal keja but of course, most of the things is P & C, so camne nak crita?dahla sekarang nie hidup aku adalah work, work and work!gilos~

takper, aku  just nak update yang sekarang nie aku tgh nak designed my own renovation and extension of my kitchen....kalo jadi, i'll brief u guys how i do it...

Tuesday, April 12, 2011

Manifesto BN-aku dengan sukarelanya mengomen

Aku tek tertangga di Facebook yang Sh. Hasidah nyuroh urang komen di laman webnya di  http://sharifahhasidah.com/ tapi sikda provide ruangan komen pun?ikhlas ka sik mok nyuruh urang komen tok?

 So, sitok ku nak ber komen sikit...
(psst, aku madah ajak..bukan bangkang ah..jangan labelkan aku sebagai pembangkang!!!!!!!!!)

Teras Utama Manifesto BN dengan slogan
"Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman"



1.
Memelihara keamanan, keharmonian, kestablian dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2.
Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
 (alam sekitar?sikda..mala molah kilang di muara tebas + coalfired energy plant dekat dgn laut =ecosystem terganggu+mati kehidupan laut. hutan2 ditebang utk bakun + perumahan.mok tangga binatang  di dalam zoo jak gik..mun sik di muzium jak..tangga binatang diawet.Jambatan gantung sik diservis, merchant building+chekor diroboh..ney nak memelihara budaya warisan ya?)

3.
Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
 (aku tunggu jak peluang mok keja di Recorda, tp sikda pun...mala jak org2 yg sama jak dpt)
4.
Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
(dari segi?terlalu umum la..sedangkan nak register di PKK pun susah..)

5.
Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6.
Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
(selalu jak urg fight utk NCR land, slalu kalah...dhla kluar buku JC Fong ya juak utk challenge dak dayak@iban tok)
7.
Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
(sama jak ku tangga dr dolok...macam ya juak nenek belah iban ku di Ulu sg Salim..masih bergenerator dengan bertadah air ujan)
8.
Memastikan mutu jalan raya. bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
(mutu jeraya?mauk tetak jak kudgr...ngato jeraya nang selalu tapi mala bertempek2..lepas ya sik lamak kedak nait kuda jak mun lalu jeraya ya.sik alah2 ngato absorber..mun di kuching tok, dahlah urg berkorek jeraya d tengah2 jeraya..jem gik ya...bekalan air ok, tapi tarif elektrik mahal mati leput di sarawak tok.....sik kalah ku dpt bil kurang dr rm20 walaupun diam sorang dirik dolok..dgn rate nya rm0.34/kwatt..adeh)

9.
Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
(ney rancangan nya?ney?slalu sik dipadah dgn orang...mcm molah flood@wastawater management di kuching tok..tau2 urang dah ngorek jeraya molah lubang kubor. Sarawak nanglah negeri terkaya dengan hasil bumi, tapi rakyat nya sik kaya2..certain people jak kaya..rakyat kayap!!) 

So BN, pls update the manifesto and give us the detail in order to facilitate us the true idea@intention why we should vote for Bn for the next 5 years.

Thursday, April 7, 2011

Piliharaya Sarawak 2011

Salam...

Pagi2 melintas jeraya otw nak ke tempat keja, ku ternampak banyak bendera samada biru muda or biru tua terpacak di sepanjang jalan... rasa meriah nak raya pun ada juak rasa ku tok..heheh..(nang ada~)




Whatever it is, pemandangan mcm tok hanya sekali setiap 4 tahun ..so memang bgslah mun kita benar2 dapat menghayati dan menikmati pemandangan tok dengan akal fikiran kita...

Just mok share dengan sesiapa yang terbaca dgn ke'kerepak'an aku tok, marek ku berjalan2 di area rumah ku dgn anak ku...saja re raun..di ujung taman rumah ku tok paduhal ada sorang wakil PKR bertanding di kawasan N.6 Tupong melawan Daud ya...rumahnya mun nak dibanding dgn Yb Daud, memang macam langit dengan bumi(malas ku nak menempek gmbr 2 igek rumah tok)...kak penamaan calon marek, ku tangga sigek 2 meja jak depan rumahnya...(di rumahnya dipolah nya bilik gerakan PKR ya).kesian pun ada ku dgn dak PKR tok...bendera nya pun jenis yang kain nipis, sik kedak kain bendera BN yang kain tebal..kayu pemegang pun jenis kayu yang kita carik dlm utan ya, bukan kedak kayu kain BN yang jenis macam kayu penyapu ya...nak jamuan pun kecil2an juak..dak bala2 nya masak..mun dak BN tek..riuh sekampung dah di sia..

ada lah juak kwn ku slalu minta tlg ku molah surat layang ke edar di setiap rumah..utk menyokong dak BN..ku polah jak...hujah2 nya yang nyata lah..kawan tolong kawan la...alu terkeluar la mulutnya..(kwn ku tok urg veteran BN),

"dak YB tok, mun sik di tolong polah, sikda effort lah sidak ya....semendak jaknya berkelakar bagai apa..."

aku diam tersenyum kedirik...mana2 org pun sama...

sorang gik kawan lamak ku bertanding di N.49 nangka..sik sangka nya bertanding atas tiket PKR..sama kelaie dgn aku dolok..bertumbuk indah...Norisham Ali namanya...sama umo...bertanding dgn Dr Annuar Rapa'e...katakanlah mun aku yang ngundi d area nangka tok, aku lebih kenal norisham tok dr dr sapa tah...so, all my vote will go to Norisham..but, bukan bermakna aku nyokong PKR pun...cuz dr aku vote urg yang aku sik kenal..dan 100% confirm urang ya pun sik kenal dgn aku, why shud i vote for unknown person?lagipun Norisham tok aku kenal since darjah satu agik..ku kenal mak bapak nya sapa...

But, opkos, BN di sarawak tok ssh sikit mok tumbang...kiranya Norisham tok cukup2 berani sebab berjaya mencalonkan dirinya (glorious clap to him)

Thursday, January 13, 2011

Alahai maid indon

Aku jenuh dah bercarik maid@ orang gaji@ pembantu rumah...dah dapat tapi nak keje 2 orang...kepala hotak dia nak suruh aku carik another maid.bukan aku nak bukak cleaning centre pun...lagikpun aku tak suruh dia kemas habis seluruh rumah, cuma sapu sikit2 and help my mum tolong jaga baby...bukan suruh masak pun..tak kuasa nak makan masakan dia..entah2 ada bendasing plak...

well, sebenarnya nak carik maid bukannya susah pun..tapi nak carik maid yang betul2 komited dengan keja memang payah. gaji tak nak kecik tapi keja tak nak banyak..ewah, ewah?!demand plak ngko nie yeak..

kat sini aku terasa sebagai rakyat malaysia, aku berasa tercabar dengan karenah rakyat indon nie...banyak cikadak...

bila marah2 macam nie kat org indon, aku plak nak marah dengan polisi kerajaan yang jaga sangat orang indon nie...


even kilang2 yang amik org indon keja nie pun sama...gaji and skop keja sama dgn rakyat malaysia, tapi rakyat msia mesti ada kelulusan SPM, sedangkan org indon masuk sekolah pun tarak masih gak diambik bekerja...
 
tapi, bila pikir2 lagi, banyak pak2 menteri termasuk lah dengan kepala menteri berasal dari indon, memanglah sokong indon mati2 punya...kesian rakyat tempatan bumiputera jadi terasing di bumi sendiri...tu pun kongsi sama taraf bumiputera dengan orang indon yang baru seploh doploh tahun kat malaysia..huhhuhuh

Thursday, December 16, 2010

Bosan dan cara mengatasinya

dah lebih 2 minggu aku terkapai kapai di ofis tanpa sebarang kerja.Hari hari kerja ku cuma bukak laptop dan main FB jer..buhsan nya aku tahap cipan...kalo ada cipan kat opis takla bosan sangat..jadi aku cuba surf di atas talian (online) untuk cari jalan penyelesaiannya.

So, aku type la di Google Search dengan key word "Hilangkan Rasa Bosan".Apa yang muncul?Check it out-->>>

Yang berada di atas sekali, keluarla "Tips  menghilangkan rasa bosan dan marah".Aku klik pastu page ilang..Aik, marah ker?

Yang kedua,berasal dari sebuah blog.boleh tahan jugak suggestion nya..tapi bagi aku tak relevan sangat untuk aku la..Antara nya;
  • main game.aku tak suka main game di opis..kat umah blh la..tapi baru2 nie laptop Mr Hubby takleh nak run game lagi lepas aku install SIM3.huhhuu
  • Menari dan menyanyi.nak mamposs menari dan menyanyi di opis?ada yang kena hempuk dengan monitor kang...
  • Berangan.aku nak berangan apa?ish~Sekarang aku nak berangan jadi kaya pun blh buat aku stress.baik tak yah pikir.
  • Tidur.alamak, dari tidur kat opis, baik aku tidur di rumah...buatnyer nampak oleh bos, apa aku nak jawab?
So, lepas pusing2 dan terkebil2 beberapa jam, aku mendapat idea untuk hilangkan bosan aku di opis;
  1. Purak-purak busy. Senang jer..aku kluarkan file, baca satu persatu lembaran dan helaian incoming dan outgoing dalam file..sampai tahun 2012 pun tak abis2 baca...
  2. buka spreadsheet, then try all the formula kat dalam excel tu..
  3. aku update blog sendiri.
  4. aku main sudoku.
  5. aku g borak2 dengan kerani aku.....
adu~esok ada lagi...

Wednesday, December 15, 2010

Tips nak Resign

Oleh kerana ke'jeron'an aku nak resign at this moment, kadang2 aku terfikir, is the grass looks greener the other side or it is just a dream that haunting on my mind lately?Kedak lagu Green, green grass of home gik tok..

Banyak perkara dalam pertimbangan bila nak resign....Antaranya;
  1. Gaji....mun sik besar dari yang knktok, k apalah mok resign.
  2. Pengalaman.
  3. Masa. Especially masa untuk mengular..hikhikhik
  4. Other benefit.medical ka, elaun2 lain, cuti..mun agik cuti ngak 10 ari, iboh jak...celah gigi jak.
Tapi untuk aku, antara faktor2 utama nak resign adalah JARAK perjalanan...kenektok rega minyak makin naik, lagikpun makin banyak kenderaan yang pemandu nya main taram jak di jalanraya menyebabkan aku fed up nak memandu..aku nak naik basikal ke tempat kerja gik kak tok...Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.....


Okla, k penghabisan bicara kita tika ini, terimalah lirik lagu Green, green grass of home untuk tatapan semua...muahs!!!!!

"Green Green Grass Of Home"
 


"Green Green Grass Of Home"

The old home town looks the same as I step down from the train,
and there to meet me is my Mama and Papa.
Down the road I look and there runs Mary hair of gold and lips like cherries.
It's good to touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly.
It's good to touch the green, green grass of home.
The old house is still standing tho' the paint is cracked and dry,
and there's that old oak tree I used to play on.

Down the lane I walk with my sweet Mary, hair of gold and lips like cherries.
It's good to touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to meet me, arms reaching, smiling sweetly.
It's good to touch the green, green grass of home.

[spoken:]

Then I awake and look around me, at four grey wall surround me
and I realize that I was only dreaming.
For there's a guard and there's a sad old padre -
arm in arm we'll walk at daybreak.
Again I touch the green, green grass of home.
Yes, they'll all come to see me in the shade of that old oak tree
as they lay me neath the green, green grass of home.

Menunggu Detik

Rasa macam sik cayak dah kenektok dah Bulan Disember...Yeaaaaaa...Sik lamak gik krismas!!!aku suka hari krismas sebab time ya aku cuti!!!tapi nang cuti pun, sebab gugok pada hari sabtu....pasya tahun baru 2011 gik...sik berasa owh.....

Mengimbas kembali peristiwa dan achievement sepanjang tahun 2010 tok, mun ikut list KPI aku, setengah jak berjaya di capai.....patutnya tahun tok aku dah bergelar seorang guru tapi dek kerana peknen indah, aku tolak gik tawaran KPLI kursus dalam bahasa inggeris..mun sik, alu jadi cikgu speaking aku kenektok...sikpa, bukan rezeki....

Tahun tok juak aku dah ada generasi pelapis..dah nak masuk 5 bulan juak dah umonya.....boleh tahan juak nembiak ya...dah pandai makan nestum....harap2 next year dah pandai serba serbi sikit, sikla kepak mama nya nak ngintu nya sepanjang masa...nak ngajar anakku berkebun gik..berbudi pada tanah, ada hasil kelak.

Patutnya, hari tok 15hb pun aku dah berhijrah ke kompeni lain..tapi masih ada hal agik yang menahan aku di kompeni tok....susah juak nak madah....lagikpun bos ku pun susah nak melepas. aku tok sebenarnya, mun molah keputusan, yalah final decision, tapi sik juak aku pengempang mok tinggalkan bos aku mantak2.

Dan kinektok aku pun dah menyusun Business & dan Self Planning for the year of 2011 dah..harap2 benda yang aku plan tok, mun sik 80% jadi, 50% pun jadi lah....Actually lamak dah terfikir tapi sik ter plan2 indah...tok dah plan, tinggal mok menjalankan tugas gik....Ya Allah, permudahkan urusan ku, Insya Allah...

Monday, December 6, 2010

showing off?!but 1st, show me how good are you...

Dah berbulan aku sik ada masa untuk mencoretkan minda ku dalam blog dik pun...Busy you~mengalahkan menteri gitu....ne dak, busy ngambik ngantar tender, sebab opis boi mogok sik mauk jadi opis boi agik...dah berangan-angan mok jadi bos gik urang tua ya, sik alah2 mok kelaie pasal PKK dengan UPK koh~

Dalam kekalutan dan kesulitan aku menyandang tugas dan tanggungjawab seorang opis boi merangkap pengarah syarikat dan lain-lain, aku ketemu jua dengan beberapa acquitance yang dulunya pernah sekelas, se course dan sebilik dengan ku sewaktu menuntut di U. Amboi mak, tak tengok i you...(aokla, mentang2 aku tok knktk sik sekacak angelina jolie, dah persis ala2 amu jual sayor di market ikan, di tambah lagi dengan muka yang sik cukup tido, aduh~)..

mun gago sia sitok, kurus badan sik juak apa

Ok, berbalik dengan kisah asal....

Well, mula-mula ku pikir ku salah orang, rupanya betul la org yang penah ku kenal....Tapi ya ampun, showing off nya bagai perdana menteri, cuma beza sikda pengawal sekeliling dan nobody are paying attention to them..cuma angin-angin sahaja..Malas nak elaborate...takut tertabur fitnah, kerana cerita ini hasil dari hati sendiri...(fuh, nampak gilak aku nang sik berkenan dengan orang tok)

Ku ingat kan dah bergelar lecturer atau dah nak dapat title Ir di consultant, rupanya keja kontraktor..Malah teruk agik dari aku, tapi yalah, as the contractor, including me, please dont bragging in front of other contractor....and get as many fren in the industry..ney tauk, blh la bertukar2 rega....keja yang rumit jadi senang.....

Friday, December 3, 2010

Tips Menguruskan badan

it seems ages that i didnt write anything in my blog...busy bertender...terkepong sia sitok and byk gik yang sik dapat ku nyatakan di ctok....ha~*sigh*

wokeh, untuk dipendekkan cerita, aku baru balik dr KL atas urusan kerja pada mulanya.Tetapi memandangkan urusan kerja selesai lebih awal, aku mengambil kesempatan untuk bertemu kawan lama....

Pertemuan
Selepas aku beranak, memang tidak dinafikan berat badan aku naik mencanak-canak bagaikan seekor badak minum air kolam!...tambahan pula proses kelahiran bayiku secara ceaser, so agak susah untuk aku menguruskan badan secara efisien.(cheis, padah jak aku tok kuat makan kak branak, senang crita nak?~)

ada kah aku knktok mcm pusak tok?huhuhuhuh

Then, aku harus mengambil langkah drastik...

Tips Pengurusan Badan

Mula-mula, aku harus jaga pemakanan dulu..jangan nak melantak jer..tak tengok kiri kanan, tapi apa blh buat kalau peti sejuk di rumah penuh dengan aiskrim?slurpppp


Kalo jaga pemakanan pun susah, aku ingat nak naik basikal jer turun keja..tapi aku takut kena langgar plak..huhuhuh

 macam sidak tok, berbasikal ke parlimen...heheheh

Tak pun,aku puasa straight sampai lah bulan ramadhan next year..selain dari menjimatkan kos, aku juga boleh menguruskan badan...amacam, bijak tak?

Friday, September 24, 2010

Lasik Surgery...

Pertemuan dengan seorang member lama menyebabkan aku terpikir kembali mengenai Lasik Surgery nie...memang lama dah pasang niat nak buat tapi terasa gerun nak go into the procedure...yela...not only i have a dreaded thought about getting my eyes being cut by a laser, but also about the cost..mahal beb!ribu-ribuan sebijik mata..mana nak cekau fulus?sebijik mata pun dah sebulan gaji..nak tunggu sebulan gaji pun dah sekian lamanya...cheh...

agak-agak, kalo aku buat lasik surgery, mcm nie lah mata aku dibedah...huhuhuh

Tapi, bila aku tengok member lama nie rupa dah la lain, mata pun dah bersinar bukan macam the nerdy kid that people used to laugh, aku teringin plak nak buat...bila lah nak ada free from contact lens and spectacle nie kan?sebab dulu2 aku selalu bayangkan....katakanla ada emergency memalam...org lain dh selamatkan diri, aku masih lagik tercarik2 spek mata yang aku pun tak berapa nampak...yela, rabun la katakan...

So, camner?nak buat or not?wawa...give me ur best thought!!!ku tauk ko suka baca barang kerepak aku tok...

Thursday, September 23, 2010

Astro @Asteruk?part 2

aku nak mula mengamuk dengan orang astro tok...mula-mula ku ingat mun dah terminate si astro tok, sikla ku lelah2 gik mikir pasal astro tok..atau pun any agenda bil yang tersembunyi...tapi baru2 tok aku menerima sigek gik bill dari astro..ada ka nya nge cas aku ADMIN FEE RM10 untuk penyambungan astro?mcm nie mok sambung?kad dah kenak surrender....and, yang peliknya..aku sik mintak pun di sambung perkhidmatan astro ya pun?bagi yang lom berkecimpung dengan dunia astro tok...pikir-pikir la...bak kata nabil, Lu pikir lah sendiri...

nang lah best cenel di astro ya banyak agik dari makei aerial biasa...but at least service nya percuma...lagikpun, apa best gilak cenel dalam astro ya?mala jak crita ulang2...dah ya..suka suki jak tetiba molah skrin itam mun lambat sikit payment..alu la kenak CONNECTION FEE RM20...rupa2nya cam tok astro ngorek duit dari orang..citpooodahhhh

p/s pesanan dari penaja sik tertaja oleh sapa2 pun...mendaftar lah di www.tonton.com.my untuk menonton tv cara baru...ewah~

Wednesday, September 1, 2010

Lembu, Kambing?

Dah lebih sebulan aku merisik2 rega lembu dan kambing di serata pelusuk Sarawak nie..rata2 rega kambing RM600/sekor or RM20 /kg dan rega lembu RM3k/sekor....tujuan aku merisik kabar haiwan berkaki empat nie sebab aku nak buat akikah utk putera sulung ku...sebab anak ku nie lelaki, at least 2 ekor kambing dan 2/7 bahagian lembu aku kene pakai untuk program akikah tu..masalahnya..bukan setakat mahal jer rega lembu kambing nie, malah susah plak nak dapat..tambahan lagik musim raya nie..sedangkan ayam sekol pun rm10, apatah rega lembu kambing, kan...kan?

Time2 mcm nie la buat aku teringin sangat nak buat bisnes peternakan lembu kambing seperti yang penah aku studi time aku keje kat LCDA dulu..siap pegi Indonesia lagik sebab nak buat research..lom lagik aku g ladang Dato Yap di Sabah dgn yang integrated farming kat Johor dengan Terengganu..chewah..tp last2 aku plak yang resign...

Cuba bayangkan,katakan lah  sekor lembu tu aku blh dapat dalam 75kg daging...sekarang market price untuk fresh beef dah Rm33/kg..75kg x RM33/kg = RM2,475!!!..tu belum lagik aku jual tulang lembu utk buat sup tulang...semalam aku tgk kat Emart, tulang lembu RM7.99/kg, katakan lah lembu tu dah tolak isi dia, tinggal tulang dlm 50kg, 50kg x RM7.99/kg ~RM400!!!lom lagik aku buat sup tulang yang semangkuk dah RM5 hengget!wah...kalo betul gaya, cepat aku kaya nie....

So, hasil pencarian lembu kambing aku nie masih lagi berjalan, cuma semangat aku nak buat bisnes lembu kambing pun makin menebal sejajar dengan masa yang dihabiskan untuk mencarik harga lembu kambing yang termurah untuk akikah...

p/s oleh kerana aku takdak tanah yang luas untuk bela lembu kambing nie, aku mulakan dulu dengan bisnes ayam di rumah..hahahah..mampus aku kene komplen kat DBKU nanti..

Monday, August 23, 2010

salam ramadhan

sebenarnya awal2 agik aku nak ucapkan selamat berpuasa tapi oleh kerana masa ku byk dihabiskan untuk menidurkan anak, sehingga waktu mlm pun dihabiskan dgn berjaga sampai tercucuk pepet botol susu ke lubang idong anak ku setegal kemengantukan yang keterlaluan, jadi akhirnya baru ari tok aku berjaya mengucapkan nya..

aku perasan, sejak dua menjak aku dh bergelar ibu tok...makin menjadi2 ke'babo'an aku...malah bukan setakat babo jak, pelupa tahap tegar pun ada...

adakah kerana aku kurang tidur?huawawawa.....

Tuesday, July 20, 2010

Astro @Asteruk?

Semalam, sedang asyik aku melayan crita Cina TV2...(aku tak ingat crita apa tp pasal 2 orang loyer cina zaman dolu2..baru jerk tgk...)Tetiba.....skrin tv aku itam...terkejut aku..ingatkan service not available tapi luar tak gak ujan....tapi  kat status dia bukan service not available..but service currently inactive.pls contact your astro service centre....

Waduh..waduh..rupanya servis astro aku kena cut!tanpa warning..lagi teruk dari service currently not available...cek punya cek..rupanya astro potong service sebab aku bayar sampai bln 7 jer..bln 8 aku lom bayar...tapi yang herannya, lom sampai ogos lagik nie...

Aku perasan, astro nie mcm melebih2 plak lepas World Cup...dulu aku bayar skali dgn sport tapi aku buang channel sport sebab bill astro aku mencecah 90+rm sebulan..buat aper bayar mahal2 kalo aku setakat nak tengok crita House dengan crita CSI kat AXN?dah tu berkepuk2 plak iklan yang mcm kita tengok TV3 tu..So aku tukar lah dgn basic channel yang bayar 37.95rm sebulan..tu pun banyak gak masalah...

So, alang2 dah terminate nie, aku nak amik basic antenna plak..malas dah aku nak subscribe astro yang merepek2 dan merapu bil dia nieh!..

Antenna TV yang bakal aku beli jemat nie!tunggu mr hubby balik dan pasang..heheh

Sunday, July 18, 2010

lagi mengenai harga barang naik!!!

Aku terpanggil untuk menaip awal-awal pagi sebab semalam aku dah 'berperang' pendapat dengan seorang forumer di Cari Forum mengenai harga barang yang terbaru mungkin dinaikkan harga, iaitu susu F & N.

Bagi sesetengah org yang mampu minum susu low fat milk yang berharga rm 5.40 seliter (kalo kat Kuching la), kenaikan harga susu pekat manis setin kecik 10sen atau 20 (rata2 berharga sekitar rm2.30-rm2.50) adalah tidak berharga bagi mereka...yela...gaji diorang ribu2 sebulan..gaji org lain pun ribu tapi takder lah sampai ari2 minum susu low fat milk..unless gemuk tegar la...

Isu nya bukan kurangkan gula untuk menyihatkan badan..tapi the bigger issue in here, kenaikan harga barang ini sudah tentukan akan membebankan rakyat terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman..kesian, dahla takder pendapatan tetap, lagi nak bayar dengan harga mahal utk barangan keperluan...

p/s- sejak aku slalu g luar bandar, tak penah lagi aku dihilangdan dengan kopi susu yang susunya low fat milk + brown sugar...susu pekat manis gak..tp so far tak penah pun diorang nie g hospital kerana kencing manis..gemuk pun takder...