Showing posts with label Mommy2b. Show all posts
Showing posts with label Mommy2b. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Memohon Zuriat

Salam....entah macam mana, aku terserempak dengan doa nie...utk mohon zuriat katanya..


Doa Utk Diri Sendiri
Doa utk dapatkan anak lelaki
Doa utk dapatkan zuriat

Monday, September 20, 2010

1st Day di Nursery

Eish, sejak dah beranak kecik alu sayup2 jak aku bercerita di blog tok...anyway, just mok madah today ku ngantar baby Syahmi ke Nursery..mula2 agak sceptical juak..especially bila pekerjanya macam sik suka jak aku ngabas Syahmi time tengahari tadik..Plus, time aku ngagak nya tek nya tdo..

Petang tadik time aku ngambik nya pun tdo..mcm kenak jampi tdo jak tok...or kenak di beri pil tdo...nang ada..ish3x

Tuesday, August 31, 2010

kerjaya dan rumahtangga

Tengah aku memasak di dapur lepas memandikan baby, aku terpikir....dari pagi aku menguruskan baby dan kerja2 rumah...sampai pukul 6 ptg pun belum tentu habis...belom lagi kalau aku dh bekerja kelak...gney nak keadaan nya  owh?adakah rumah aku akan berterabur?adakah baby aku akan jadi sik terurus?wallahualam...

Dalam keadaan mcm tok, aku cukup tabik dgn mana2 mommies yang bekerja sebagai profesional di luar nun...tgh2 malam bgn beri susu kat baby, pagi2 kemaskan diri and baby sebelum g keja, antar baby kat nursery, balik keja amik baby n mandikan baby bila dah sampai umah, masak lagi..sapu rumah lagi...basuh baju lagi..nak lipat baju lagi...lom lg kalau baby meragam and buat perangai...adeh..adeh..

especially mcm single working mommy macam aku nie yang hubby just pulang weekend,diam sensorang lagi kat umah bertemankan baby umur sebulan... aduhai~moga2 Allah permudahkan urusan aku kelak..aminnn

So, those working sinle momies kat luar, bravo to you!!!!!!!

p/s time tok aku rasa bersyukur sebab dah terminatekan astro aku..mun sik rugi jak ku bayar tapi sik tangga...ne dak, mala gago dgn bby jak...kerja2 di umah gk...lom gk keja dikpun kak amben kelak...

Wednesday, August 4, 2010

detik2 bergelar mama

sedar tak sedar dah 12 ari aku bergelar mama...and truly, im enjoying the moments i have to wake up several times in the middle of the night for milking and changing diapers..

Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman detik2 terakhir sebelum bergelar Mama

Sebenarnya, aku ingin menceritakan pengalaman aku on the exact time masa nak melahirkan tempoh hari..tapi apa kan daya, dengan kudrat yang minima dan kekangan polisi pihak hospital membolehkan aku berkongsi pengalaman beberapa hari selepas 'detik-detik' itu....

22 Julai 2010
Aku datang keja seperti biasa.....membereskan tender-tender yang perlu di hantar esp yang kena hantar next week...tapi dalam hati, macam terasa yang aku takkan datang ke tempat keja next week, so aku siap2 potostate apa yang patut and bagi kat kerani....then, kul 2pm straight g scanning appointment kat Klinik Jawa...

Time scanning, doktor tak cakap byk...nie yang buat aku nebes nie..sebab slalunya aku suka borak2 kosong dgn doktor tapi kali nie dia buat derk jer...skali kat meja consultancy, dia bagitau...

"AFI awak kurang la...tapi g SGH dulu for re assessment"
*(AFI-Ammoniotic Fluid Index - air ketuban, SGH- Sarawak General Hospital)

Aduh, aku nie tak berapa suka nak g SGH sebab kat situ banyak Housemen yang berlagak macam M.O tapi tak per la....janji buat re assesmment..

So, aku pegi lah ke SGH, drive sensorang lagik tuh..lagi satu part aku lemah sangat nak menjejak ke SGH nie pasal parking dia...very2 limited...dahla tak leh parking sebarangan...tapi parking slalu full..aku rasa kalau dah emergency sangat, aku nak parking depan2 entrance situ...biarlah...aku yang sakit kan?yang tak sakit or yang ada driver, blh carik parking sendrik!or tunggu kat luar...priority given to the sick people who driving alone.heheh...tu rule aku sendrik tu...tapi best jugak kalau pihak hospital nak amik cadangan aku nie...sekarang kan dunia dah moden, ramai yang stay alone kat sesuatu daerah tu atas sebab keja..

Aku sampai kat SGH kul 4pm..Kat situ aku tak disambut oleh sapa2...aku sendrik yang register..tu pun penat aku tunggu kat kaunter registration...masa kena cek tu, aku dah bagitau siap2 kat H.O tu, yang air ketuban aku kurang, so nak double cek dgn 2nd scanning by senior doktor..tapi yela..nama dah hospital gomen kan...mana dia nak dgr...

Doktor tu, dengan sorang lagi doktor kaypo...(aku pun tak tau sapa nama dia, nametag dah bagi tapi diterbalikkan kan....takut org saman kut?)buat check up on me dengan mesin CTG tu..then dia nam buat speculum...aku masih tolerate lagi.....then nak seluk (VE) aku tengok rahim aku dah buka lom..nie yang buat aku tak suka...aku belum lagi nak beranak ..pecah ketuban pun belum tapi nak seluk?

Last2 aku akur gak...then datang lagi doktor kaypo tu nak celuk jugak...aku sebenarnya nak marah sebab seluk-menyeluk nie aku paling tak suka sebab sakit!tapi sebab prosedur kene ada 2nd opinion, so ikut jer la.....

Abis seluk, baru g scanning room....time scan, doktor kata air leaking lagi..sekrang dah jadi 4 jer..(kat Klinik Jawa tadi 5.6)..aku kol kakak aku yang keje JM kat perlis, inform pasal benda nie...kakak aku bising sebab dia suspek time seluk tu ada leaking...aku pun perasan gak time seluk session tu, ada cecair kluar...

so, aku kena tahan immediate...aku try kol Mr Hubby yang masa tu kat Teluk Melano..nasib ada line tepon kat sana,actually aku tak dapat kol dia time tu, so try send sms, dia yang kol aku balik...

Mr hubby sampai kat SGH kul 12.30am on 23 Julai 2010.

23 Julai 2010

8am - aku kena seluk and diberi pil inducer...kalo tak silap, prostein?

11am - dah rasa sakit sikit2..

1pm - kene seluk n bukaan rahim 1cm..

4pm - 2cm

7pm - 3 cm...aduh....sakit contraction dah makin kerap...

11pm- 4 cm...

24 Julai 2010 (My Birthday)

1am- di hantar ke labour wad sebab contraction setiap minit

4am- 6cm...H.O nak pecahkan selaput..seluk2 tapi tak jumpa selaput...minta 2nd opinion..kene seluk lagi..pastu datang lagi H.O..kene seluk lagi..aku dah mengamuk sebab sakit contraction, sakit kena seluk..and sakit sebab tiap kali kena seluk aku rasa ada bendalir kluar..and aku pasti tu darah...

6am- aku dah lemah..doktor seluk n bagitau bukaan 7cm..good progress, dia kata..aku kata dlm hati...nenek dia good progress....aku tgk kat CTG, heart rate bby dah lemah..inform kat doktor, doktor inform kat senior dia...and Go, aku diarahkan beranak dengan cara C-Section...

Aku ingat2 lupa sebab aku dah kena bius 2 kali time di labour wad..sekali kat paha dan skali kat lengan...aku nampak Mr Hubby kat tepi katil time aku di iring ke bilik bedah..sempat gak la cakap.."sorry abang, sayang tak dapat teran dengan baik..."

Kat bilik bedah, aku ditukarkan baju operation..sempat gak la dengar beberapa kakitangan kat situ bercakap2..."aku belum lagi sarapan nie dah ada operation?"

Semuanya berlaku dengan pantas..aku dibiuskan di tulang belakang, and somebody tanya aku, dapat rasa tak kesan cucuk kat perut?aku dah lemah, tambah lagi dengan ubat bius 2+1, aku jawab sikit2, jer...then aku dengar bunyi bayi menangis..alhamdullillah, baby aku dah selamat...aku tanya la...

"bayi saya lelaki ker perempuan?"

Somebody answered"tak leh bagitau dulu..rahsia..nanti tak surprise..kene bersih dulu"

then aku terdengar lagi.."eh, cantiklah kau punya jahitan tu..macam karipap"

and"oi, ko tadi letak oksigen tak on oksigen tiub!"

dan lastly,somebody tunjukkan bayi aku....and its baby boy on my own birthday!

Sunday, July 18, 2010

Pencarian Set Bersalin

Bravo!Bravo!...ari ini aku dah 2 kali entri kat blog aku sendri!!!yang menunjukkan betapa bosannya aku di hari minggu....eheheh~

Ok, enough...sekarang kita g ke tajuk asal...Pencarian Set Bersalin..

Actually dah lama jugakla aku mencari2 set bersalin nie..cuma tak jumpa yang berkenan di hati...maklumla..nie 1st time experience aku..nak tnya org pun jawapan berbeza2..so, nak tak nak aku terpaksala bercari2 sendiri...

aku jumpa,

  • Set bersalin tropical herbs Amway - RM234  (10pcs/set)
Kandungan set Tropical Herbs Amway lengkap untuk 44 hari...

Produk untuk Dimakan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran/herba)
• Lepas Bersalin 2 (8o kapsul sayuran/herba)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)
Percuma Bengkung adjustable size..

  • Set Bersalin HPA- RM85
Mengandungi;
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

  • Set bersalin Sendayu Tinggi- (ha..yang nie ada 3 pakej plak~)

Pakej 1 : RM207.00

~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)


Pakej 2 : RM247.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Bengkung



Pakej 3 : RM386.00

~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone

 
Pakej 4 : RM426.00~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone
~ Bengkung (free size)



  • Set Bersalin Leesa-(RM185-aku tgk kat kedai) 
 Mengandungi Tablet Haruan Omega, Tablet Prawan, Ginger Confine Cream, Body Contour Gel 30gm, Minyak Telon

  • Set Bersalin Mustika Ratu
Yang nie kisah lucu sikit..aku g Serikin...memula jumpa makcik yang jual kat depan2 tu..aku tnya dia jual brapa..and selamba dia ckp kat aku..RM55..then aku cuba lah tawar..paling abis tawar dia nak bagi aku rm50....tu pun siap dia ckp, dh jual 5 set..nie yang last..(betul ka ndak tok?~)then aku jenjalan lagi...ada satu lorong tu, aku jumpa makcik jual ubat lagi...aku tnya dia...then dia ckp..rm38..fuh~ lom tawar lagi..benda yang sama....tapi walaupun mcm mana, aku tak beli jugak sebab aku dah sangsi dgn keberhasilan produk yang dijual kat Serikin tu..heheh

Mengandungi;
1. Galian Parem Wangi
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan wanita
  • Dimakan 5 pil setiap pagi dengan air suam.
2. Pulih Balung sumsum
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
  • Dimakan 5 pil setiap hari diwaktu petang dengan air suam
3. Pilis Wangi
  • Digunakan secara tradisional dan kesihatan mata
  • Ambil 1/3 - 1 biji dicampur dengan air suam dan dioleskan pada dahi. Untuk kegunaan luaran sahaja.
4. Tapel Raket Mustika Sejati
  • Digunakan secara tradisional untuk wanita selepas bersalin dan membantu mengurangkan berat badan.
  • Ambil satu biji Tapel Raket dicampur dengan air suam dan disapu di perut. Untuk kegunaan luaran sahaja
5. Parem Segar Sumyah
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan.
  • Dipakai 1 biji setiap hari dicampur dengan air suam secukupnya kemudian disapu keseluruh badan.Untuk kegunaan luaran sahaja.
6. Bubuk Bancar Air Susu
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan selepas melahirkan.
  • Ambil satu sudu Bubur Bancar Air Susu dicampur dengan air suam dan disapu pada payudara. Dipakai 2 kali sehari.
7. Minyak Telon- utk bby


Actually banyak lagi set-set bersalin moden yang tak larat aku nak list down kan kat sini...tu blm lagi aku nak masukkan set bersalin tradisional yang kazen aku promo (RM300-12/pcs) dan seorang nenek kenalan aku kat Matang buat (RM150-6/pcs)


So?Camner nak pilih nie?Due date makin dekat~