Teringat aku dengan lagu dendangan Erra Fazira suatu ketika dulu berkenaan dengan tajuk di atas...Iya, memang soal hati merupakan suatu perkara yang rumit, kadang kala sukar dimengertikan oleh tuan punya hati itu sendiri.
Perasaan di dalam hati itu, tak kira la perasaan marah ker, malas ker, sayang ker...semua tu adalah datang dari hati..Mengapa marah?kerana hati benci atau tidak suka.Kenapa malas?kerana tidak ada hati untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.Sayang?
Soal nya Siapa?
Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta.Tak kirala budak kecik ker, remaja atau dewasa...Malah ada yang boleh jatuh cinta dua tiga kali pada masa yang sama?ha, macam mana tu? nie kategori species pencinta beribu nie..(teringat pulak lagu Pencinta Wanita, "aku memang pencinta wanita tapi bukanla buaya..eleh~)
Malahan, ada yang bercinta bagai nak rak tapi berkahwin pulak dengan orang yang baru dikenali 2 3 bulan sebelum tu, padahal dah bersama pasangan lebih sedekad!Jadi mengapa ini berlaku?
Berubah hati..
Terus terang aku nyatakan disini, aku juga tidak mampu menjawab soalan cepu mas ini.Dunia berubah mengikut peredaran zaman dan masa, jadi aku juga beranggapan bahawa cinta itu boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.
Contohnya, dulu kita suka sangat jika dia membuat lawak untuk kita tapi sekarang?Jadi muak pulak dengan lawak bangang yang dah basi. Dia yang dulunya seorang yang menghiburkan hati dah jadi joker yang menyakitkan hati..Ataupun, dulu dia berbadan persis badan Hugh Jackman, pelakon Wolverine dalam cerita X-Men, tapi sekarang dah jadi Larry Joe Campbell dalam Sitcom According to Jim.
Jadi, persoalan nya masih jadi menjadi rahsia...biarla hati berbicara sendiri...
p/s aku nak cakap lebih2, aku tak tau nak baca hati orang..aku keje cikgu dengan jurutera jer..bukan psikik yang ada bola kristal!
No comments:
Post a Comment