Ramai yang mungkin bersetuju dengan aku bahawa sekarang nie nilai RM dah semakin rendah..kalau tak percaya, cuba bawak RM50 n gi lah ke satok ker, spring...mesti tak cukup punya..yelah...kalo yang berkereta tu, nak isi minyak dah rm10 sekali isi..masuk parking lagi koman2 pun nak bayar rm2..then dah jenjalan dalam tu mesti nak duduk sambil makan minum punya...at least dalam rm15 lagi nak kluar...so, RM10+RM2+RM15=RM27. Dah tinggal RM23...kalo nak reload lagi, say RM10, tinggal RM13 plak dah...belum lagi beli barang2 yang nampak di mata...adui~
Last month bulan membayar cukai..nak kata aku nie bergaji besar taklah jugak sebab aku rasa gaji aku selalu tak cukup!...yela, bayar keta, rumah, minyak keta, makan minum lagik..bil2 dan sewaktu dengan nya..kadang2 aku rasa mcm tak sabar nak tunggu payday for the next month.Walaupun aku rasa gaji aku di bawah yang sepatutnya(aku rasa lah), tp herannya aku sudah diwajibkan membayar cukai!Pelik, tapi benar~so, adakah gaji aku kecik?
Ada sorang member aku...juga dah beli rumah dan hanya berkereta myvi...gaji 2 kali ganda gaji aku dan berstatus bujang trang tang tang,pun merungut tak cukup budget every month..pulak dah~tu baru seorang..aku nie?dah nak masuk 3 dah~
Tapi, dalam kemelutan yang melanda diri bertanyakan di manakah silap nya pengiraan budget aku, sebab aku nie bolehla dikatakan bijak dalam pengiraan berdasarkan peperiksaan SPM maupun prestasi kertas pengiraan di zaman U(perasan, heheh~), aku mula membuat strategi sendiri...
- Dapat gaji, terus bayar keta,rumah, bil2 dan sewaktu dengannya..
- Pastikan mesti dapat menyimpan di ASB sekurang2nya Rm200 (blhla dikeluarkan semasa kecemasan.
- Hanya kluar bila perlu sahaja.kalo terasa nak makan, makan di rumah..siap blh makan depan tv lagik tu~Kalo nak kluar jugak, hanya seminggu skali paling kerap..nanti nak isik minyak keta lagi..parking..tgk benda lain terasa nak beli plak~kang lari budget*sigh*
- Nak jimatkan bil elektrik (esp di Sarawak nie tarif letrik Sarawak Energy lah paling mahal di Asia Tenggara dengan 40 sen k/watt), cuba luangkan masa di sekeliling umah dengan membersih pasu, longkang, bercucuk tanam...rumah bersih dan kalo takder duit beli sayur, blh petik kat blakang umah..
- Carik part time job...
- Kalo dah ssh sangat, carik keje yang gaji lebih dr sekrang..
No comments:
Post a Comment