Aku terpanggil untuk menaip awal-awal pagi sebab semalam aku dah 'berperang' pendapat dengan seorang forumer di Cari Forum mengenai harga barang yang terbaru mungkin dinaikkan harga, iaitu susu F & N.
Bagi sesetengah org yang mampu minum susu low fat milk yang berharga rm 5.40 seliter (kalo kat Kuching la), kenaikan harga susu pekat manis setin kecik 10sen atau 20 (rata2 berharga sekitar rm2.30-rm2.50) adalah tidak berharga bagi mereka...yela...gaji diorang ribu2 sebulan..gaji org lain pun ribu tapi takder lah sampai ari2 minum susu low fat milk..unless gemuk tegar la...
Isu nya bukan kurangkan gula untuk menyihatkan badan..tapi the bigger issue in here, kenaikan harga barang ini sudah tentukan akan membebankan rakyat terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman..kesian, dahla takder pendapatan tetap, lagi nak bayar dengan harga mahal utk barangan keperluan...
p/s- sejak aku slalu g luar bandar, tak penah lagi aku dihilangdan dengan kopi susu yang susunya low fat milk + brown sugar...susu pekat manis gak..tp so far tak penah pun diorang nie g hospital kerana kencing manis..gemuk pun takder...
No comments:
Post a Comment