Wednesday, September 1, 2010

Lembu, Kambing?

Dah lebih sebulan aku merisik2 rega lembu dan kambing di serata pelusuk Sarawak nie..rata2 rega kambing RM600/sekor or RM20 /kg dan rega lembu RM3k/sekor....tujuan aku merisik kabar haiwan berkaki empat nie sebab aku nak buat akikah utk putera sulung ku...sebab anak ku nie lelaki, at least 2 ekor kambing dan 2/7 bahagian lembu aku kene pakai untuk program akikah tu..masalahnya..bukan setakat mahal jer rega lembu kambing nie, malah susah plak nak dapat..tambahan lagik musim raya nie..sedangkan ayam sekol pun rm10, apatah rega lembu kambing, kan...kan?

Time2 mcm nie la buat aku teringin sangat nak buat bisnes peternakan lembu kambing seperti yang penah aku studi time aku keje kat LCDA dulu..siap pegi Indonesia lagik sebab nak buat research..lom lagik aku g ladang Dato Yap di Sabah dgn yang integrated farming kat Johor dengan Terengganu..chewah..tp last2 aku plak yang resign...

Cuba bayangkan,katakan lah  sekor lembu tu aku blh dapat dalam 75kg daging...sekarang market price untuk fresh beef dah Rm33/kg..75kg x RM33/kg = RM2,475!!!..tu belum lagik aku jual tulang lembu utk buat sup tulang...semalam aku tgk kat Emart, tulang lembu RM7.99/kg, katakan lah lembu tu dah tolak isi dia, tinggal tulang dlm 50kg, 50kg x RM7.99/kg ~RM400!!!lom lagik aku buat sup tulang yang semangkuk dah RM5 hengget!wah...kalo betul gaya, cepat aku kaya nie....

So, hasil pencarian lembu kambing aku nie masih lagi berjalan, cuma semangat aku nak buat bisnes lembu kambing pun makin menebal sejajar dengan masa yang dihabiskan untuk mencarik harga lembu kambing yang termurah untuk akikah...

p/s oleh kerana aku takdak tanah yang luas untuk bela lembu kambing nie, aku mulakan dulu dengan bisnes ayam di rumah..hahahah..mampus aku kene komplen kat DBKU nanti..

No comments:

Post a Comment