Saturday, January 2, 2010

Happy new year!!!and your new motto?

Sebenarnya aku lebih suka bila tahun 2009 berakhir...berakhir nya tahun 2009 bermakna dah hampir setahun aku meninggalkan LCDA dan still survive...even better than yesteryear!!

Tapi banyak SMS yang aku hantar...biasa la..menjelang tahun baru, mesti la nak tanya soalan popular awal tahun;

APA AZAM TAHUN BARU TEK?

Well, to begin with, i dont have much expectation this year..except of 1 important thing....and it still growing..heheheheh

Saturday, December 26, 2009

Memories of 2009

well, it has been an exhausting month for me and i just realise that in just a few days from now, i have to kiss this year goodbye and welcome the new coming year...

again, i try to recall some of my memories for this year...actually to be frank, the beginning of the year 2009 was a bitter experiences for me as i have lost my dear father just 8 days after the new year celebration. the pain of losing my father was so unbearable as i was feeling guilty, angry of my self of not coming early before he went into deep, long sleep.....and eventually leads to my resignation.

the decision was so quick and i didnt come up with any back up plan of my next move. i spent the entire following month crying my heart out and recalling my memories of my father. it was my husband who wake me up from my mourning season and tell me to move forward for a better life....

then, i started to find work and landed as contract teacher...well, never cross my mind that i will choose this career but who knows better?

i have been assigned to teach add math for 6 consecutive months...and...suddenly, another works were calling for me!!!and that's the starting point that my luck for 2009 started to change.i was in heaven..hehehehh...

i believe that in some point the luck is depending on the person itself..take me for example, i was so down and resigning from my current job at that time...i was feeling sorry for myself as i only see what i want to see at that certain angle.and at a time when i was happy and my mind became clearer of what i want to do, i can actually can make a good decision....

thus, i believe, for this coming year, eventhough things might look bad but hey, who know better?

Wednesday, December 9, 2009

Attitude (part 2)

Masuk hari tok genapla 2 bulan kerja2 pembinaan pagar rumah...masih agik lom siap2....aku pun sik tauk la apahal yang menyebabkan urang yang di kontrakkan untuk molah pagar ya terhegeh2 nak menghabiskan kerja nya...maka gaji dah beri...dan urang yang di amanahkan untuk menyiapkan pagar ya adalah kawan kepada hubby aku empun.

Tapi, sejak kedatangan 'seseorang' 2 hari lepas ke rumah kmk urang..maka segala kepelikan kenak dan kenak;
  1. keja penaiktaraf pagar keliling dan 'gate' yang dah masuk 2 bulan sik juak siap2.
  2. misteri kehilangan dua ekok pusak belang2 kesayangan aku.
  3. pemusnahan 'beramai2' tanaman aku.

terjawab. Rupa2nya kawan hubby aku ya main 'taik!!!!'

Duit gaji yang kmk urang beri dgnnya, yang kunun2nya untuk upah pekerja, sik pernah diberikan kepada pekerjanya....yang menyebabkan pekerja ya agaak liat untuk bekerja...dan kerana marah sik diberi gaji, makan pusak2 dan tanaman2 jadi mangsa kekejaman manusia!

Huh, harapkan pagar, pagar sik disiap2!!!

p/s beware dengan urg yang kononnya blh polah construction, yang kelakar lebih....kadang2 banyak taik dari isik!

Sunday, December 6, 2009

Hello Again...

It has been quite a while that i have visited my own blog......Yala, bercuti sakan bah 8 ari di kl-perlis-kedah-pulau pinang - n.9 bln 11 ya tek....balik2 pagar umah lom gik siap2, pusak2 ilang...keja melambak2 di opis...ya alu sikda mood mauk start..kelak2 la tunggu da mood baruk mula agik...

Wednesday, November 18, 2009

Attitude..

Sejak akhir2 tok aku slalu berdepan dengan org yang ada masalah attitude...aku pun sik la tauk pahal...kengkadang, mun kita selalu gilak berdepan dgn masalah mcm tok, kita yang ber problem nak?tapi masalahnya aku sik kenal pun org ya....huh?

so, aku pun terus la polah conclusion diripun...kenak nya dengan attitude nya mcm ya gilak..
  1. kesian, engkali dah born like that..sik juak guna nak nganok..
  2. huh, sapa ndakka nembiak ya...
  3. mana kau la sia, janji bahagia...

"the person's attitude shows the inner self of that person"

Thursday, October 22, 2009

I am sorry but....

"Yes, i am sarcastic and sadistic to you..and yes, i do admit that my words to you are harsh and straight to the point. But the truth is..."

The sentences above might describe some of your untold thought and here, allow me to come up with some explaination why is this so...

  1. You are pissed off with that particular person..Macam bagus gilak jak urang ya..macam bagus jak, tapi sik bagus pun.Pusak bagus agik walaupun eksen sikit.At least da juak nya menggesel time mok makan.
  2. I'm better than you..

But whatever it is, why we are having this malicious, demeaning kind of thought?

Most of all, might be given unfair judgement when we were young.It might due to our society level or the status wealth. So, the sarcastic words which have been trashed to us have been buiding up in our mind and body...Our spirit, surprisingly were being boosted to a new level of thinking skill, and made us better than spoilt child.

It is ok to have that kind of thought, but tell you, please, let the thought only be thought, being spoken only in mind, as we never knew, when the wheel will be spinning again...

Tuesday, October 20, 2009

Beras yang kehabisan..

Ari nie aku terjumpa satu artikel luahan perasaan yang sangat bagus untuk tatapan semua....

Berasku Telah Kehabisan.

Beras ku telah kehabisan. Aku ke pasaraya dan kulihat ada 16 jenis beras yang boleh kupilih. Aku hanya mahu beras yang mampu mengenyangkan perut tapi aku diberi pilihan untuk memuaskan nafsu ingin berbelanja. Lalu aku ambil beras yang paling dekat denganku. Beratur di kaunter bayaran(aku terfikir betapa siapalah yang kata kita tidak tahu beratur...kalau naik LRT macam ni tentu elok), aku lihat aku boleh pakai kad kredit, kad debit, kad bank atau tunai, dan aku ditanya ada kad diskaun atau kad pelanggan. Jika aku baru tersedar dari zaman darurat dahulu, mungkin aku hanya tahu kad pengenalan. Aku bayar dengan duit disakuku.


Aku tidak mahu digasak dengan pelbagai pilihan bila aku mahukan sesuatu. Jika ubat gigi ku habis, aku tidak mahu tujuh jenama dengan enam perisa yang dibungkus dalam lima ukuran, yang mana jika aku mampu menjengkuk ke empat pasaraya, mungkin aku akan jumpa tiga harga berlainan bagi barangan yang sama, malah tidak mustahil akan ada dua jenis tawaran istimewa, namun apa yang aku mahu hanya SATU. Ubat gigi ku dah habis.


Harga yang kita perlu bayar untuk mendiami dunia moden makin meningkat. Pilihan yang kita ada nampak makin pelbagai. Kita ditujah dengan segala macam benda yang memerlukan kita berbelanja. Jangan kedekut. Jika tiada wang, boleh hutang. Beli dulu, bayar kemudian. Bank tak bagi pinjam, along ada. Gaji tak cukup, duit kopi boleh cari. Moral bukan harta, nilai bukan wang.


Inilah yang dinamakan kemajuan, kemodenan. Aku memanggilnya kekalutan yang karut. Satu kemestian dalam masyarakat pengguna. Ijazah kini kian murah. Barang pula makin mahal. Belajar, periksa dan dapat sampah. Guna dan buang.


Kita diminta mencelup kemodenan dengan rumah batu yang berbahang. Perlukan kipas untuk angin, aircon untuk dingin. Guna elektrik untuk selesa. Tengok tv kini ada enam rangkaian percuma, ada astro lagi bergaya. Tidur atas tilam empuk, guna toto yang lembut. Nak menulispun kena ikut gaya haiku. Kita makin hilang budaya jati. Ini penangan globalisasi.


Aku terbaca di akhbar arus perdana tentang itu ini. Aku buka intenet nak tahu apa jadi. Kita perlu jadi makin versatil. Guna perkataan pinjam, pakai bahasa rojak. Bahasa pun boleh jadi perebutan hak. Jangan sebut soal bangsa, lagi parah. Seni peristilahan dah luput. Siapa yang merungkap ginjal? Apa yang bermain dibenak bila istilah itu diucap? Sumber mana yang dia pinjam? Aku pun nak mencipta istilah tapi seni itu dah pupus. Lebih baik cekup yang ada dari sumber pelbagai. Masyarakat pengguna perlukan pilihan yang bermacam agar dapat mengambil yang mana suka. Pakai dan lempar.


Baik kembali ke zaman batu gamaknya. Nak makan tangkap, kutip, tanam atau kena baham, lepas tu kena tanam. Itupun kalau berbaki, ada sisa lagi. Boleh juga tumpah bakti pada zaman moden, jadi bahanapi stesen janaelektrik untuk kita dapat pasang aircon tengok tv berselubung toto atas kasur empuk. Tapi balik-balik tengok cerita P.Ramlee. Nama samaran pun nak ceduk dari dia.


Kembali ke zaman kegemilangan. Ambil amalan padang pasir, lupa tentang buku panduan, lagi senang ikut-ikutan. Ambil budaya iklim sederhana, tak ingat diri, lupa asal usul. Bukan senang mahu tahu. Tidak mudah hendak ilmu.


Aku cuma lapar nak makan nasi. Nak tapau tak mahu, nak masak gas dah habis. Ada subsidi pun masih tak mampu. Nak masak pakai dapur kayu mana reti, nenek moyang kita boleh, kita pun boleh juga kan. Tapi teknologi tu pun dah hilang. Makin ramai yang tidak tahu menggunakan apa yang ada di sekitar, dengan apa yang dapat di sekeliling. Lagi pun apa kelas pakai dapur kayu. Habuk, asap, gelaga. Payahlah katakan.


Kini kita diminta membeli satu barang, dengan pek ekonomi yang sebenarnya tak masuk akal kerana perlu ruang dua kali lebih besar untuk menyimpan, dengan kuantiti tiga kali ganda dari apa yang kita perlu, sehingga tahan empat kali lama, malah silap-silap diiklankan sampai lima tahap, dan mungkin barang tu enam kali ganda berlebihan di pasaran, serta tidak mustalil tujuh kali dicukai berganda. Bayar pakai wang sistem perbankan yang nilainya bukan milik kita sebenarnya. Semuanya mahu yang besar, mega, dan super. Sumbernya mana? Pasaran modal, pasaran saham. Semua dah menjunam.


Aku tahu aku tidak boleh melangkah ke belakang. Aku pasti aku tidak mahu undur ke depan. Pilihan ku bukan bermacam. Aku hanya ada SATU kehidupan, yang akan lalu dalam pelbagai penjelmaan, yang itupun dimodenkan dengan kehendak nafsu mahu.Berasku telah kehabisan, dan aku telah membeli nasi.


[ Last edited by ZamZamAlaKazam at 19-11-2008 05:07 PM ]