Wednesday, November 18, 2009

Attitude..

Sejak akhir2 tok aku slalu berdepan dengan org yang ada masalah attitude...aku pun sik la tauk pahal...kengkadang, mun kita selalu gilak berdepan dgn masalah mcm tok, kita yang ber problem nak?tapi masalahnya aku sik kenal pun org ya....huh?

so, aku pun terus la polah conclusion diripun...kenak nya dengan attitude nya mcm ya gilak..
  1. kesian, engkali dah born like that..sik juak guna nak nganok..
  2. huh, sapa ndakka nembiak ya...
  3. mana kau la sia, janji bahagia...

"the person's attitude shows the inner self of that person"

Thursday, October 22, 2009

I am sorry but....

"Yes, i am sarcastic and sadistic to you..and yes, i do admit that my words to you are harsh and straight to the point. But the truth is..."

The sentences above might describe some of your untold thought and here, allow me to come up with some explaination why is this so...

  1. You are pissed off with that particular person..Macam bagus gilak jak urang ya..macam bagus jak, tapi sik bagus pun.Pusak bagus agik walaupun eksen sikit.At least da juak nya menggesel time mok makan.
  2. I'm better than you..

But whatever it is, why we are having this malicious, demeaning kind of thought?

Most of all, might be given unfair judgement when we were young.It might due to our society level or the status wealth. So, the sarcastic words which have been trashed to us have been buiding up in our mind and body...Our spirit, surprisingly were being boosted to a new level of thinking skill, and made us better than spoilt child.

It is ok to have that kind of thought, but tell you, please, let the thought only be thought, being spoken only in mind, as we never knew, when the wheel will be spinning again...

Tuesday, October 20, 2009

Beras yang kehabisan..

Ari nie aku terjumpa satu artikel luahan perasaan yang sangat bagus untuk tatapan semua....

Berasku Telah Kehabisan.

Beras ku telah kehabisan. Aku ke pasaraya dan kulihat ada 16 jenis beras yang boleh kupilih. Aku hanya mahu beras yang mampu mengenyangkan perut tapi aku diberi pilihan untuk memuaskan nafsu ingin berbelanja. Lalu aku ambil beras yang paling dekat denganku. Beratur di kaunter bayaran(aku terfikir betapa siapalah yang kata kita tidak tahu beratur...kalau naik LRT macam ni tentu elok), aku lihat aku boleh pakai kad kredit, kad debit, kad bank atau tunai, dan aku ditanya ada kad diskaun atau kad pelanggan. Jika aku baru tersedar dari zaman darurat dahulu, mungkin aku hanya tahu kad pengenalan. Aku bayar dengan duit disakuku.


Aku tidak mahu digasak dengan pelbagai pilihan bila aku mahukan sesuatu. Jika ubat gigi ku habis, aku tidak mahu tujuh jenama dengan enam perisa yang dibungkus dalam lima ukuran, yang mana jika aku mampu menjengkuk ke empat pasaraya, mungkin aku akan jumpa tiga harga berlainan bagi barangan yang sama, malah tidak mustahil akan ada dua jenis tawaran istimewa, namun apa yang aku mahu hanya SATU. Ubat gigi ku dah habis.


Harga yang kita perlu bayar untuk mendiami dunia moden makin meningkat. Pilihan yang kita ada nampak makin pelbagai. Kita ditujah dengan segala macam benda yang memerlukan kita berbelanja. Jangan kedekut. Jika tiada wang, boleh hutang. Beli dulu, bayar kemudian. Bank tak bagi pinjam, along ada. Gaji tak cukup, duit kopi boleh cari. Moral bukan harta, nilai bukan wang.


Inilah yang dinamakan kemajuan, kemodenan. Aku memanggilnya kekalutan yang karut. Satu kemestian dalam masyarakat pengguna. Ijazah kini kian murah. Barang pula makin mahal. Belajar, periksa dan dapat sampah. Guna dan buang.


Kita diminta mencelup kemodenan dengan rumah batu yang berbahang. Perlukan kipas untuk angin, aircon untuk dingin. Guna elektrik untuk selesa. Tengok tv kini ada enam rangkaian percuma, ada astro lagi bergaya. Tidur atas tilam empuk, guna toto yang lembut. Nak menulispun kena ikut gaya haiku. Kita makin hilang budaya jati. Ini penangan globalisasi.


Aku terbaca di akhbar arus perdana tentang itu ini. Aku buka intenet nak tahu apa jadi. Kita perlu jadi makin versatil. Guna perkataan pinjam, pakai bahasa rojak. Bahasa pun boleh jadi perebutan hak. Jangan sebut soal bangsa, lagi parah. Seni peristilahan dah luput. Siapa yang merungkap ginjal? Apa yang bermain dibenak bila istilah itu diucap? Sumber mana yang dia pinjam? Aku pun nak mencipta istilah tapi seni itu dah pupus. Lebih baik cekup yang ada dari sumber pelbagai. Masyarakat pengguna perlukan pilihan yang bermacam agar dapat mengambil yang mana suka. Pakai dan lempar.


Baik kembali ke zaman batu gamaknya. Nak makan tangkap, kutip, tanam atau kena baham, lepas tu kena tanam. Itupun kalau berbaki, ada sisa lagi. Boleh juga tumpah bakti pada zaman moden, jadi bahanapi stesen janaelektrik untuk kita dapat pasang aircon tengok tv berselubung toto atas kasur empuk. Tapi balik-balik tengok cerita P.Ramlee. Nama samaran pun nak ceduk dari dia.


Kembali ke zaman kegemilangan. Ambil amalan padang pasir, lupa tentang buku panduan, lagi senang ikut-ikutan. Ambil budaya iklim sederhana, tak ingat diri, lupa asal usul. Bukan senang mahu tahu. Tidak mudah hendak ilmu.


Aku cuma lapar nak makan nasi. Nak tapau tak mahu, nak masak gas dah habis. Ada subsidi pun masih tak mampu. Nak masak pakai dapur kayu mana reti, nenek moyang kita boleh, kita pun boleh juga kan. Tapi teknologi tu pun dah hilang. Makin ramai yang tidak tahu menggunakan apa yang ada di sekitar, dengan apa yang dapat di sekeliling. Lagi pun apa kelas pakai dapur kayu. Habuk, asap, gelaga. Payahlah katakan.


Kini kita diminta membeli satu barang, dengan pek ekonomi yang sebenarnya tak masuk akal kerana perlu ruang dua kali lebih besar untuk menyimpan, dengan kuantiti tiga kali ganda dari apa yang kita perlu, sehingga tahan empat kali lama, malah silap-silap diiklankan sampai lima tahap, dan mungkin barang tu enam kali ganda berlebihan di pasaran, serta tidak mustalil tujuh kali dicukai berganda. Bayar pakai wang sistem perbankan yang nilainya bukan milik kita sebenarnya. Semuanya mahu yang besar, mega, dan super. Sumbernya mana? Pasaran modal, pasaran saham. Semua dah menjunam.


Aku tahu aku tidak boleh melangkah ke belakang. Aku pasti aku tidak mahu undur ke depan. Pilihan ku bukan bermacam. Aku hanya ada SATU kehidupan, yang akan lalu dalam pelbagai penjelmaan, yang itupun dimodenkan dengan kehendak nafsu mahu.Berasku telah kehabisan, dan aku telah membeli nasi.


[ Last edited by ZamZamAlaKazam at 19-11-2008 05:07 PM ]

Sunday, October 18, 2009

Pyschic?Or merely logic?

When i was young, i used to tell my surrounding friends that i can read their mind, and predicted their next movement. My friends would just laughed at me, and even some of them just shoved the idea that i can tell their future!!!!!



I only learnt several years later that it just merely a logic thinking by me....

Wednesday, October 14, 2009

Choosing careers...

If we ask a child about what they want to be when they grow up, they will straight answer you...



  1. doctor

  2. teacher

  3. pilot

I remember when i was in Primary school, i definitely will picked No.1 answer without any hesitation. Grown up with a medical historical family background, i'm used to formaline and hospital aromatic smell, and trust me, it feel like home to me.

When i was in Primary 2, i added another profession to my list. I wanted to become a teacher, not only a teacher to teach but also giving a guide in life..so i wanted to become more than a teacher, a ustazah instead!!(Hahaha...it always tickle me now thinking that i wanted to become a ustazah)

Approaching at the age of 12, i wanted to become a lawyer..Why? Because at that age, i know the power of talking...and the power of convincing people....But, lucky me, i only desire that profession only at that particular year, due to the definition of the profession instead..(hehe, ustazah aku ckp dulu, kalo nak backing orang, pastu orang tu sebenarnya bersalah tp kita tlg dia sehingga terlepas dari hukuman, kat akhirat nanti kita akan dihukum bersama...)Waduh, susah banget ini....


But,as years passed, i became uncertain of my own future, even i didnt know what course should i picked for University Level...i even considering to pick up marketing or financing as i'm good at calculating!

I chose Engineering instead.


why engineering??????

well, somebody has mentioned to me that the engineers are being paid higher than any other job...

But for me, it is because the nature of the work itself.

As a child, i always experienced to make something out of nothing. I still clearly remembered that i had collected can tins to make an oil lamp.I even constructed a hut for me and my friends to play not only for 'masak-masak' childhood games, but in the end it had turned into a cat house!!!(thanks a lot mum, you made us squattering around after that).

Still, after 3 years obtaining the BEng (Hons) Civil Engineering from a local University, i still uncertain of my own future!My goodness...

But i know, i need a job that;

  1. Pay me good $$$$$.Of course beb, money makes the world go around and around...

  2. Give a time of myself. So, i can use my brain to the maximum for critical and creative thinking.

  3. No pressures. I cant work under pressures. I will crack under pressures.

So?^0^

Tuesday, October 13, 2009

what??!!!

Sejak akhir2 tok aku mudah panas baran...dan aku mudah piss off at people easily...due to what i do not know....its seem that i'm jumping and snapping at every moment...



i'm going insane.....huhu..

Friday, October 9, 2009

Perihal ketua....

Masa aku kecik2 dolok di sekolah rendah, ada ustaz ku madah....

"Mun awak mauk melantik ketua, pilih la yang beragama islam dan lelaki."

Aku of course la sik puas ati..aku ompuan bah...lalu la aku bertanya;

"Ustaz, mun ompuan boleh sik ustaz?Takut kelak orang laki ya sik layak jadi ketua.."

Sebab aku rasa orang laki dalam kelas ya sik dapat menandingi kebijaksanaan dan kepetahan aku berkelakar, jadi secara automatiknya dalam hati aku madah aku lah yang paling layak. Sikkan la aku yang bijak pandai di perintah dan mengikuti arahan seorang lelaki yang kurang bijak...Kelak jadilah keputusan ya pun kurang bijak dan pengikutnya akan sentiasa melawan & membangkang diatas keputusan yang kurang bijak ya...Nakkah aku jadi pembangkang utama gik kelak...Tapi bak kata ustaz ya tek, ompuan sik dapat jadi ketua...Maksudnya aku sikkan dapat jadi ketua la...So, penjelasan ustaz ya agik;

"Walaupun lelaki ya kurang bijak, tapi nya waras dari segi akal pemikiran dan boleh polah keputusan. Maka nya masih layak menjadi seorang ketua. Perempuan hanya boleh jadi penasihat jak. Macam awak kelak mun mauk berumahtangga, mestilah awak ikut kata suami.Sikkan suami mauk ikut kata awak. Sikkan la laki awak ber'imamkan awak?Even mun awak ada anak lelaki yang udah baligh kelak, dan waras dari segi pemikiran, masih awak jadi makmumnya, tapi bukan jadi imam.awak cuma boleh jadi imamah untuk perempuan ajak.dan awak pun hanya boleh jadi ketua untuk perempuan ajak, tapi bukan ketua utk lelaki"

*imam - lelaki yang mengetuai bacaan solat sembahyang orang islam
*imamah - perempuan yang mengetuai bacaan solat sembahyang orang islam yang perempuan sahaja.

Huh, panjang lebar penerangan ustaz ku ya.ku tangga kiri kanan nembiak lain macam sik paham jak pa di padah oleh ustaz ya..Aku paham, tapi masih sik juak berpuas ati dengan jawapan ustaz ya tek...Masih juak ku sik dapat terima kenak pompuan @ aku la tek sik dapat jadi ketua. Apa kurangnya orang puan tok sampai sik layak jadi pemimpin?Kan banyak orang puan yang bijak2 dan terer2 kinektok mun dibandingkan dengan orang laki. Mun sik cayak, cuba tangga statistik orang yang masuk Universiti yang mendapat ijazah sehingga PhD, banyak orang puan bah...

Apa kurangnya orang puan tok agik mun nak dibandingkan dengan orang lelaki..Apa yang boleh dipolah oleh orang lelaki pun dapat orang puan molah..Kecuali polah anak jak la....Tapi orang laki sik dapat melahirkan anak..yah..sapa terer agik?

Tapi, bila aku dah besar tua bangka macam kinektok....Semua nya masuk akal...

Sejak aku mula bekerja sampai kinektok, dah berbagai-bagai ragam orang dah aku jumpa...Ada nang stail ngegeh, ada yang best gilak...tapi sedih, keja best menunggu jadi terpaksa juak ku resign..

Tapi, sigek kepastian yang pasti. Ataupun bak kata orang melayu, terang lagi ber torch light. Kebanyakan nya bos ompuan macam &$^#*& jak..Dahla ego, bodo gik ya...sik mauk dengar pendapat orang lain. pasya salah mauk nyalah orang lain....minta cuti sik dapat...so apa gik orang bawahan...terpaksa carik jalan lain la mun mauk cuti..kan dah molah keja salah gik orang bawahan...bos tanggung owh dosa ya...

So, kepada sesiapa jak yang bergelar bos yang membaca benda di kerepak aku tok, ambik pengajaran hal tok. Mun staf kitak orang yang bermasalah or mauk minta cuti especially, jangan terus nak tembak mati orang ya...Bertanya dolok apa masalah or perihal mauk cuti ya...orang mauk amik cuti mesti ada sebab, bukannya setegal pusak nya mauk beranak di rumah. And, mun orang cuti, jangan di kaco...dah orang ya bercuti..Mun kitak urang cuti, ada kmk orang nelefon?Yah, ya orang putih madah, PRIVACY!!!!!

Tapi so far bos ku sik kedak ya lah..Cuma bos temporary aku jak macam ya..Nasib bait sik lamak gik ku mauk out. Sik perlu mauk mikir apa alasan mauk bercuti...bagus benar dah minta cuti, bukan sick leave. Tapi apa boleh buat, sikapnya yang sambil lewa menyebabkan aku minta sick leave, walhal sik sakit pun. So, dosa aku menipu ya nya tanggung juak, bak kata ustaz ku masa kecik dolok..heheheh..Nasib la...sapa suruh gila pangkat gilak mauk jadi ketua, nak?

*p/s - nasib staf ku dolok sik penah ada problem dengan aku, sebab aku pun sikda problem dengan sidak. Be rational la...

"To be respect by others, ones must learn to respect others first"