Monday, January 4, 2010

permulaan 2010

Baru saja 4 hari berlalu di awal tahun 2010, dah beberapa insiden pelik yang membingungkan aku sebagai rakyat Malaysia...Malam tadi aku menonton TV3 untuk menonton Berita Utama supaya lebih peka dan sensitif kepada apa yang berlaku di sekitar tanah air, tetapi apa yang menjadi berita utama amatlah mendukacitakan...Perihal kalimah Allah..

aku tahu sekarang nie kalimah Allah telah menjadi isu sensitif terutamanya dah menjadi sentimen kemarahan di kalangan orang melayu beragama islam..tapi bagi aku yang menetap di sarawak nie yang dibesarkan dalam masyarakat berbilang kaum dan juga berdarah campuran, aku rasa benda nie bukan satu benda baru..

Masa aku kecik2 dulu pernah juga aku terbaca kitab Bible mereka yang diterjemahkan dalam bahasa melayu (penguasaan bahasa inggeris pada masa itu amat kurang),terdapat perkataan Allah. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan belajar di sekolah rendah kebangsaan, perkataan tersebut merupakan perkataan yang aku fikir khas untuk umat Islam.Dan terus ku tujukan pertanyaan tersebut kepada salah seorang moyang lelaki sebelah ibu yang juga merupakan seorang paderi di kampung tersebut.

Moyang mengatakan bahawa mereka juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa. My 1st impression, aku rasa flattered...lagipun mereka memuji tuhan yang sama, cuma fahaman berbeza.( fahaman aku pada ketika itu).
lagipun, kalau nak difikirkan dengan begitu mendalam, injil or bible tu kan berasal dari Nabi Isa, jadi kalau direct translation bermakna ada nama Allah dalam kitab tersebut.. malahan kitab zabur dari Nabi Daud yang berketurunan yahudi juga datang dari Allah S.W.T.Kalau tak, masakan Baitulmaqdis menjadi rebutan ketiga2 agama yahudi, kristian dan islam?
Yang aku paling heran, alasan sekarang takut menjadi kekeliruan dan keluar dari akidah.Masalahnya, tahu tak orang2 yang menggendangkan bantahan habis-habisan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik, apa sebenarnya yang menyebabkan akidah terpesong dari Islam yang seterusnya menjurus kejadian murtad?
Aku nie nak cakap panjang2, aku nie bukanlah seseorang yang expert dalam agama...Tapi, aku terfikir orang2 yang mendagu dombakan permasalahan ini cukup tak sembahyang 5 waktu?tutup aurat?makan dari rezeki yang halal?tidak tinggal solat jumaat 3 kali berturut?puasa di bulan ramadhan?mengerjakan haji apabila mampu?aku rasa satu pun tak terbuat...
bagi aku, kalau gereja katolik nak pakai untuk kegunaan baik...lagipun bukan nak menghina agama islam dan tak sama isi kandungan khutbah dari khutbah org islam, aku tak ada masalah..yang penting iman masing tu jangan macam lalang....lagipun dunia pun dah akhir zaman...sibuk2 pasal benda duniawi, amalan sendiri tak terjaga...jemputan kematian tu bukan boleh di tangguh!
p/s heran mana isu yang lebih besar spt kes inkues bedah siasat Teoh Beng Hock yang kedua nie tak kluar2 lagi..mayat pun dah tak tinggal apa dah...kes jet pejuang takkan sarjan yang curik?28 million wor...kenaikan isu gula dan ayam lagi?takkan nak biar rakyat kebulur woi?paling heran, mana pegi menteri2 sarawak spt alfred jabu dengan benard dompok, takkan takder komen pasal kalimah Allah nie..tak baca bible Bahai ka?kalo dah tak boleh guna kalimah Allah dalam bible Bhai nanti takkan nak guna nama sendiri plak.?

No comments:

Post a Comment