Thursday, August 18, 2011

Petua Meminta Hutang

Salam semua....

Mentang2 lah nak dekat raya, banyak entri ku yang bertajuk wang, duit dan kali ini hutang...Entah macam mana, apabila aku menaip di google untuk perkataan hutang, tiba-tiba tajuk Petua Minta Hutang Terkeluar..(aku setkan google search automatik)

Ramai yang suka berhutang..ye aku tahu....aku pun salah satu penghutang dan pemiutang...Hutang-hutang aku so far, dibayar dgn tetap walaupun ada yang begitu susah nak dibayar..(hutang keta, rumah..adeh3x...)Hutang orang kat aku?cukuplah sekadar aku bagitau yang si polan dan polan ini berhutang dengan ku sekian-sekian amaun..yang lebihnya terpulang kepada individu itu sendiri nak membayar nya..tapi, jauh sekali untuk aku menghalalkan nya (depend la dgn attitude penghutang tu..kalo jenis yang byk dolak dalih,  akan ku tuntut hutang itu di akhirat kelak)

Memetik dari Blog http://zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html,

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 
 
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : 
 
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) 
 
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
 
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : 
 
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " 

Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif ) 

So, berbalik semula kepada blog yang memberikan petua Minta Hutang tersebut, kat bawah nie aku dah copy and paste kan dari blog beliau-->http://linncomel.com/index.php/2006/10/16/petua-minta-hutang

Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50 an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.

Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur . Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tak bayar,anggaplah itu satu sedekah.

Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500 rezeki hari raya.

Apakah petua yang telah saya perolehi? Teruskan membaca..

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.

p/s: Semoga pakcik Driver teksi tersebut akan mendapat ganjaran pahala dan diberkati ALLAH dengan ilmu yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Amin..

Wednesday, August 10, 2011

Masalah duit?

Aku heran, sejak dua menjak nie aku bagaikan kaunter pertanyaan untuk masalah kewangan..tak kurang jugak ada yang straight to the point tell me that they need money and intended to borrow it from me..well, do i look like a banker?or a rich person?I'm also struggling to meet the ends met, by the way..and I'm only an inch better than yours..no more, no less.

Money comes, money goes..money earns, money spend...

Ditambah kan lagi dengan insiden kemalangan (aku yang langgar orang, pastu orang yang aku langgar berlalu begitu sahaja, tapi keta ku kemek sikit kat depan dan pecah no plate), lagi la nak guna duit...persiapan nak raya lagi..haih~

i've read Confession of the Shopaholic...the father mentioned if the daughter don't have money, either she had to Cut Down or Make More Money..what do you think?

So, persoalan nya, bukan orang yang meminjam, tetapi lebih kepada isu global...adakah desakan hidup semakin tinggi?barang-barang keperluan semakin mahal?Inflasi?atau kita sebenarnya dibebani oleh ridiculous tax and service that we need to pay?(fyi, the goverment of Malaysia recently increasing their tax from 5% to 6%, and private broadcasting service provider also increased their service bill eventhough being asked by the Who Minister to keep the rate down..well i guess the Who Minister is aint minister, as the word just go by without any action being taken)

who's to be blame when inflation?the rich became richer, the poor are made to the poorest state~

Dan adakah nilai Ringgit semakin hilang nilai nya?seakan turun ke nilai Rupiah?

Well Najib, you better move your as* and analyze this situation then take action before being thrown down in the next General Election!!

Friday, August 5, 2011

1st time on helicopter ride

Bila bos bagitau, yang kali ini trip ke Mukah akan menaiki helikopter, hati ku dah berbunga-bunga riang...seakan sakai pun ada...like a kid, yeah, i know but i cannot help to behave like a kid!and im really looking forward for the helicopter rides!yeahuuu!!

so, seawal pukul 6.30am (heli dijangka bertolak pada pukul 7.30am), aku dah terpacak kat luar gate Skyways hornbill, sampaikan pakcik guard ingat aku budak praktikal yang nak keje kat hornbill (apekah?do i look that young?..ngeheheheh)

ku ingat makey heli tok..pa kecik gilak tok?

tunggu punya tunggu, around past 7am, we were told there was some changes of flight. Instead of flying on 7.30am, we were scheduled to fly on 9.30am due to pilot's problem..adeh..adeh..and i was at the office since 6.30!!OMG..

then,somebody showed up..it was the Minister of Land Development with his private secretary..hm...

9.00am, we were told that our heli is ready to take off...to mukah!!!!at last....

let's enjoy what's being captured during the flight!!!enjoy~

 En. Abu naik heli eh~

 ready to take off...the ground..

 up..up..in the air!!!!woowweee...rasa macam naik cable car...a bit shaky at first~

 Kuching (stutong part) from the heli's view...

 Leaving kuching..somewhere between samarahan/kuching

 old fashion window, though~

 there's no more forest in Sarawak...only left the loggers trail along the way..

 Sebuyau?

 Filling oil tanker in Sibu before continue journey to Mukah..only take an hour from Kuching to Sibu..

changed of passengers in Mukah...lom da papa dah bergaya lebey sidak tok eh..ahahahahah...

Wednesday, August 3, 2011

Pegedil Daging

sejak bulan ramadhan nie, aku gemar nak try nak buat makanan yang aku suka...malam tadi aku cuba buat pegedil daging...(resepi cilok dari internet pastu aku tgk bahan2 jer..yang lain tambah perasa sendiri~:)

so bahan-bahan nya cik puan~

  • 4 biji kentang(aku pilih yang sebesar genggam tangan dan rebus hingga hampir2 empuk)
  • segenggam daging cincang 
  • sepeket kecik sayur campur beku (ala, yang ada karot, kacang peas dan jagung, tapi guna 1/3 jer)
  • daun sup dicincang halus(kalo nak rasa sedap sikit~)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • secukup rasa pati ayam
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus kemudian dibukakan kulitnya, dipotong kiub dan dimasukkan dalam periuk.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, pati ayam, tepung jagung (dilarutkan dengan air) dan daun   sup
3. Semua bahan-bahan dimasak sekali lagi dalam periuk sehingga kentang lembut dan dilenyek2 bersama.
4. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.
5. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
6. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.



nah~amacam?

Observant Vs Seer

well,another day in Ramadhan where i have to act normal and be like in those days when i'm not fasting...i'm here, stuck in a site supervision while the concrete pumped to the intended concrete area also stuck somewhere in the long tunnel of the pipes... in the middle of hot, sunny ramadhan~(adeh..the machine suck.. im suck..we are both suck!f**k!)

so i have no mood to put what i have been going through from morning until past noon, so let the pictures describe all~cheers

 still dont know what when wrong...look...see...look..see..

 trying to look into some other parts~

 knocking another part~sound nothing..(must be something)

 checking the whole tube~

 bos getting restless....another time waste means another money wasted!

 trying another method of concreting

 the planks is being place into positions...

 all ready~
 standby~

pouring concrete into the whellbarrow..well, old fashion ways always the best method..less headache..only slower than pumping method~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sehari Sebelum Ramadhan

Wah, berpusu-pusu orang keluar membeli barang hari ini..mcm there's no tomorrow...rasa nak pergi berperang pun ada gak...macam-macam yang dibeli hingga penuh satu troli time aku g Emart semalam. ada yang beli 3 in 1, ada yang beli stok telur sampai 3 papan, mee maggi berkotak-kotak dan tak kurang jugak ada yang memborong kurma (mentang2la kurma yusuf tayyop di Emart just rm4.99 jak)

1st Ramadhan bersamaan 1 Ogos (OMG,dah ogos???!!)

Aku kluar dari rumah macam biasa..rasa macam hari ahad la pulak~trafik berjalan lancar dari simpang Gita ke Bulatan Petra Jaya dan Menuju ke Jalan Satok...masuk parking pun macam takda orang bkerja..kosong!!lengang!!

Anyway, apa-apa pun yang berlaku, aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 1932H dan semoga Ramdhan ini menjadi satu keberkatan bagi kita semua...Amin~