Thursday, August 18, 2011

Petua Meminta Hutang

Salam semua....

Mentang2 lah nak dekat raya, banyak entri ku yang bertajuk wang, duit dan kali ini hutang...Entah macam mana, apabila aku menaip di google untuk perkataan hutang, tiba-tiba tajuk Petua Minta Hutang Terkeluar..(aku setkan google search automatik)

Ramai yang suka berhutang..ye aku tahu....aku pun salah satu penghutang dan pemiutang...Hutang-hutang aku so far, dibayar dgn tetap walaupun ada yang begitu susah nak dibayar..(hutang keta, rumah..adeh3x...)Hutang orang kat aku?cukuplah sekadar aku bagitau yang si polan dan polan ini berhutang dengan ku sekian-sekian amaun..yang lebihnya terpulang kepada individu itu sendiri nak membayar nya..tapi, jauh sekali untuk aku menghalalkan nya (depend la dgn attitude penghutang tu..kalo jenis yang byk dolak dalih,  akan ku tuntut hutang itu di akhirat kelak)

Memetik dari Blog http://zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html,

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 
 
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : 
 
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) 
 
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
 
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : 
 
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " 

Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif ) 

So, berbalik semula kepada blog yang memberikan petua Minta Hutang tersebut, kat bawah nie aku dah copy and paste kan dari blog beliau-->http://linncomel.com/index.php/2006/10/16/petua-minta-hutang

Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50 an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.

Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur . Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tak bayar,anggaplah itu satu sedekah.

Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500 rezeki hari raya.

Apakah petua yang telah saya perolehi? Teruskan membaca..

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.

p/s: Semoga pakcik Driver teksi tersebut akan mendapat ganjaran pahala dan diberkati ALLAH dengan ilmu yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Amin..

Wednesday, August 10, 2011

Masalah duit?

Aku heran, sejak dua menjak nie aku bagaikan kaunter pertanyaan untuk masalah kewangan..tak kurang jugak ada yang straight to the point tell me that they need money and intended to borrow it from me..well, do i look like a banker?or a rich person?I'm also struggling to meet the ends met, by the way..and I'm only an inch better than yours..no more, no less.

Money comes, money goes..money earns, money spend...

Ditambah kan lagi dengan insiden kemalangan (aku yang langgar orang, pastu orang yang aku langgar berlalu begitu sahaja, tapi keta ku kemek sikit kat depan dan pecah no plate), lagi la nak guna duit...persiapan nak raya lagi..haih~

i've read Confession of the Shopaholic...the father mentioned if the daughter don't have money, either she had to Cut Down or Make More Money..what do you think?

So, persoalan nya, bukan orang yang meminjam, tetapi lebih kepada isu global...adakah desakan hidup semakin tinggi?barang-barang keperluan semakin mahal?Inflasi?atau kita sebenarnya dibebani oleh ridiculous tax and service that we need to pay?(fyi, the goverment of Malaysia recently increasing their tax from 5% to 6%, and private broadcasting service provider also increased their service bill eventhough being asked by the Who Minister to keep the rate down..well i guess the Who Minister is aint minister, as the word just go by without any action being taken)

who's to be blame when inflation?the rich became richer, the poor are made to the poorest state~

Dan adakah nilai Ringgit semakin hilang nilai nya?seakan turun ke nilai Rupiah?

Well Najib, you better move your as* and analyze this situation then take action before being thrown down in the next General Election!!

Friday, August 5, 2011

1st time on helicopter ride

Bila bos bagitau, yang kali ini trip ke Mukah akan menaiki helikopter, hati ku dah berbunga-bunga riang...seakan sakai pun ada...like a kid, yeah, i know but i cannot help to behave like a kid!and im really looking forward for the helicopter rides!yeahuuu!!

so, seawal pukul 6.30am (heli dijangka bertolak pada pukul 7.30am), aku dah terpacak kat luar gate Skyways hornbill, sampaikan pakcik guard ingat aku budak praktikal yang nak keje kat hornbill (apekah?do i look that young?..ngeheheheh)

ku ingat makey heli tok..pa kecik gilak tok?

tunggu punya tunggu, around past 7am, we were told there was some changes of flight. Instead of flying on 7.30am, we were scheduled to fly on 9.30am due to pilot's problem..adeh..adeh..and i was at the office since 6.30!!OMG..

then,somebody showed up..it was the Minister of Land Development with his private secretary..hm...

9.00am, we were told that our heli is ready to take off...to mukah!!!!at last....

let's enjoy what's being captured during the flight!!!enjoy~

 En. Abu naik heli eh~

 ready to take off...the ground..

 up..up..in the air!!!!woowweee...rasa macam naik cable car...a bit shaky at first~

 Kuching (stutong part) from the heli's view...

 Leaving kuching..somewhere between samarahan/kuching

 old fashion window, though~

 there's no more forest in Sarawak...only left the loggers trail along the way..

 Sebuyau?

 Filling oil tanker in Sibu before continue journey to Mukah..only take an hour from Kuching to Sibu..

changed of passengers in Mukah...lom da papa dah bergaya lebey sidak tok eh..ahahahahah...

Wednesday, August 3, 2011

Pegedil Daging

sejak bulan ramadhan nie, aku gemar nak try nak buat makanan yang aku suka...malam tadi aku cuba buat pegedil daging...(resepi cilok dari internet pastu aku tgk bahan2 jer..yang lain tambah perasa sendiri~:)

so bahan-bahan nya cik puan~

  • 4 biji kentang(aku pilih yang sebesar genggam tangan dan rebus hingga hampir2 empuk)
  • segenggam daging cincang 
  • sepeket kecik sayur campur beku (ala, yang ada karot, kacang peas dan jagung, tapi guna 1/3 jer)
  • daun sup dicincang halus(kalo nak rasa sedap sikit~)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • secukup rasa pati ayam
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus kemudian dibukakan kulitnya, dipotong kiub dan dimasukkan dalam periuk.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, pati ayam, tepung jagung (dilarutkan dengan air) dan daun   sup
3. Semua bahan-bahan dimasak sekali lagi dalam periuk sehingga kentang lembut dan dilenyek2 bersama.
4. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.
5. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
6. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.



nah~amacam?

Observant Vs Seer

well,another day in Ramadhan where i have to act normal and be like in those days when i'm not fasting...i'm here, stuck in a site supervision while the concrete pumped to the intended concrete area also stuck somewhere in the long tunnel of the pipes... in the middle of hot, sunny ramadhan~(adeh..the machine suck.. im suck..we are both suck!f**k!)

so i have no mood to put what i have been going through from morning until past noon, so let the pictures describe all~cheers

 still dont know what when wrong...look...see...look..see..

 trying to look into some other parts~

 knocking another part~sound nothing..(must be something)

 checking the whole tube~

 bos getting restless....another time waste means another money wasted!

 trying another method of concreting

 the planks is being place into positions...

 all ready~
 standby~

pouring concrete into the whellbarrow..well, old fashion ways always the best method..less headache..only slower than pumping method~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sehari Sebelum Ramadhan

Wah, berpusu-pusu orang keluar membeli barang hari ini..mcm there's no tomorrow...rasa nak pergi berperang pun ada gak...macam-macam yang dibeli hingga penuh satu troli time aku g Emart semalam. ada yang beli 3 in 1, ada yang beli stok telur sampai 3 papan, mee maggi berkotak-kotak dan tak kurang jugak ada yang memborong kurma (mentang2la kurma yusuf tayyop di Emart just rm4.99 jak)

1st Ramadhan bersamaan 1 Ogos (OMG,dah ogos???!!)

Aku kluar dari rumah macam biasa..rasa macam hari ahad la pulak~trafik berjalan lancar dari simpang Gita ke Bulatan Petra Jaya dan Menuju ke Jalan Satok...masuk parking pun macam takda orang bkerja..kosong!!lengang!!

Anyway, apa-apa pun yang berlaku, aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 1932H dan semoga Ramdhan ini menjadi satu keberkatan bagi kita semua...Amin~

Friday, July 29, 2011

kedekut atau berjimat?~

Dulu-dulu, especially study time, aku tak sabar nak tunggu zaman bekerja..walaupun ada yang kata;

"ko akan merindui zaman persekolahan~"


"zaman belajar la best, tak payah nak pikir apa"

The truth is, i hate schooling time, more than anything else...ngaper aku cakap macam tu?sebab aku duduk kat sekolah asrama, semua nya kene ikut by the rules...rules and nothing but rules...rimas!!!lemas!!!

Lagi satu, bila dah bergelar seorang pelajar, banyak betul kena bayar...yuran, yuran bilik, bayar T-shirt kelab, yuran persatuan dan seribu macam yuran tah apa kobondo~Last2 aku bayar yuran guna duit syiling la pulak~tu pun hasil pengorekan dalam tabung dan duit yang di selongkar dalam loker ataupun bawah katil (entah duit aku ka duit orang lain, hantam saja)

Bila dah tak ada duit, mula lah aku memasang angan-angan kunun2 nya kalo dah bekerja nanti, blh la aku memakai wangian DKNY (tak mainlah beli kat jualan murah AVON~), pakaian dalam yang sepasang atas dan bawah nya yang dibeli dari butik dan gedung pakaian terkemuka (tak main la beli dari kedai apek cina kat india street, apa kelas~), barangan beauty care jenis yang ratusan (bukan jenis yang beli dari kedai yang kat rak biasa~)
Angan2 aja nak pakai Victoria Secret, ngko mampu?
Ceh~

Tapi bila dah bekerja, rasanya makin miskin la pulak....dulu kalo nak balik kampung, naik MAS pun blh tiap2 bulan (sekarang mampu drive jah~). minyak wangi DKNY pun pakai main sembur skali jer setiap pagi..sayang wor~

Monday, July 25, 2011

Tension or stress?

Sebagai mana dengan tajuk seperti diatas, aku juga mengalami masalah delusional samada stress atau tension...jika diikutkan dengan slanga tempatan, stress atau tension merujuk kepada salah satu masalah cabangan mental..seperti di dalam ketegangan minda dari permasalahan peribadi ataupun kerjaya.

contoh kejadian;

Si A : banyak keja aku ari tok eh!!!sik ku tauk nak polah nak ney sigek..berjarut-jarut jak palak ku...tension!!! (sambil menarik-narik rambut nya ala-ala rupa Amy Winehouse~tedah, dah sikda agik nya)

Si B : nakpa hal di kaong2 kau sia?lewat juak rupa kau kedak urang sik betul jak?sikkan la stress sampai mcm ya gik rupa eh?

tetapi, apa yang ingin di perkatakan di sini adalah, adakah tension dan stress itu merupakan permasalahan yang sama?

mengikut bahasa english - Melayu, tension merujuk kepada KETEGANGAN, manakala stress beerti TEKANAN atau TERIKAN.

Jadi, apakah tension atau stress lebih merujuk kepada permasalah mental?


Rumit kan?

***********************************************************************************

eh, mun aku la nengar samada stress atau tension, mana kau jak la sia...mun dah stress or tension, papa pun dah sik di lalek agik...so sukali lah aku nak makey word stress or tension..

pengumuman,
entri ini dibuat atas dasar suka-suka sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati atau yang sedang tension atau yang sedang stress...

enjoy!!!

i'm in (fill in the blank, please~)

i don't know what had happened to me recently...job has been a routine activity in my life, yet with so unanswerable questions and solutions that need to provide and maintain~ (no wonder some of my friends was so complaining about this~and I've been good to give them a pat in the shoulder and said everything was going to be fine,fine and fine~)

my boss once said to me, don't give too much expectation....and don't give high hope to those unforeseen event, as it might turn sour and your hope crumbling down to you~must always provide option A, B and so on..(tsk..tsk..tsk..true indeed).but option?giving me full of headache and sometimes turn to nightmare that chase my sweet dream away~

well...life must go on..and to make sure your life still in the circle, money must be earn...which by default need a job to generate the money, more subtle known as income..

so friends, just put your head up in the air, even though your heart was heavy as stone (lead actually), and your tears was running down your cheeks, but, put a smile and be proud of whatever you do...life need attitude and determination by the way....

Monday, May 30, 2011

welkam aboard

wasey...dah lama tak jenguk blog..tengok2 dah bersawang...aku pun dah tak tau apa nak tulis...busy lah!!!melampau2...setiap minggu kene travelling, not yet plus the parent chore lagik!sampai aku pun dah sadar yg kita nie nak masuk in the middle of the year dah...

so, what's up?

kalo nak ikutkan, ada banyak yang aku nak ceritakan kat sini...nakc erita pasal keja but of course, most of the things is P & C, so camne nak crita?dahla sekarang nie hidup aku adalah work, work and work!gilos~

takper, aku  just nak update yang sekarang nie aku tgh nak designed my own renovation and extension of my kitchen....kalo jadi, i'll brief u guys how i do it...

Saturday, April 16, 2011

ngundi oh ngundi~

dah semangat dah aku mok ngundi pada minggu tok tek...skali last minit aku tarik diri sebab beraie dgn anakku di kuching.so, beli jak la tiket sibu kuching marek....

dengar nya sapa ngundi tek dapat rm100, rindo ati..aku juak yang gigit jari..huhuhuhuh

Wednesday, April 13, 2011

warna warni piliharaya sarawak 2011

Again...aku suka ngambik gambar time piliharaya tok..meriah rasa...

 bendera berlainan parti sebelah menyebelah~
 angol ku tangga berjarut2 jak bendera
 sebelah bendera PKR, sebekah PBB..bendera BN ngempap bendera PKR?
 jem jeraya nangga bendera byk gilak
 gambar calon sebelah menyebelah gk
 tok paling best..sigek rumah 2 parti di sokong nya ...1 Malaysia..sama juak bangsa kita, urg kita
 tok di Beting Maro
 pa namo kek lapis tok sik belen indah dacin nyo?

Tuesday, April 12, 2011

Manifesto BN-aku dengan sukarelanya mengomen

Aku tek tertangga di Facebook yang Sh. Hasidah nyuroh urang komen di laman webnya di  http://sharifahhasidah.com/ tapi sikda provide ruangan komen pun?ikhlas ka sik mok nyuruh urang komen tok?

 So, sitok ku nak ber komen sikit...
(psst, aku madah ajak..bukan bangkang ah..jangan labelkan aku sebagai pembangkang!!!!!!!!!)

Teras Utama Manifesto BN dengan slogan
"Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman"



1.
Memelihara keamanan, keharmonian, kestablian dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2.
Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
 (alam sekitar?sikda..mala molah kilang di muara tebas + coalfired energy plant dekat dgn laut =ecosystem terganggu+mati kehidupan laut. hutan2 ditebang utk bakun + perumahan.mok tangga binatang  di dalam zoo jak gik..mun sik di muzium jak..tangga binatang diawet.Jambatan gantung sik diservis, merchant building+chekor diroboh..ney nak memelihara budaya warisan ya?)

3.
Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
 (aku tunggu jak peluang mok keja di Recorda, tp sikda pun...mala jak org2 yg sama jak dpt)
4.
Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
(dari segi?terlalu umum la..sedangkan nak register di PKK pun susah..)

5.
Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6.
Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
(selalu jak urg fight utk NCR land, slalu kalah...dhla kluar buku JC Fong ya juak utk challenge dak dayak@iban tok)
7.
Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
(sama jak ku tangga dr dolok...macam ya juak nenek belah iban ku di Ulu sg Salim..masih bergenerator dengan bertadah air ujan)
8.
Memastikan mutu jalan raya. bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
(mutu jeraya?mauk tetak jak kudgr...ngato jeraya nang selalu tapi mala bertempek2..lepas ya sik lamak kedak nait kuda jak mun lalu jeraya ya.sik alah2 ngato absorber..mun di kuching tok, dahlah urg berkorek jeraya d tengah2 jeraya..jem gik ya...bekalan air ok, tapi tarif elektrik mahal mati leput di sarawak tok.....sik kalah ku dpt bil kurang dr rm20 walaupun diam sorang dirik dolok..dgn rate nya rm0.34/kwatt..adeh)

9.
Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
(ney rancangan nya?ney?slalu sik dipadah dgn orang...mcm molah flood@wastawater management di kuching tok..tau2 urang dah ngorek jeraya molah lubang kubor. Sarawak nanglah negeri terkaya dengan hasil bumi, tapi rakyat nya sik kaya2..certain people jak kaya..rakyat kayap!!) 

So BN, pls update the manifesto and give us the detail in order to facilitate us the true idea@intention why we should vote for Bn for the next 5 years.

Thursday, April 7, 2011

Mari tanam pokok bunga

kali nie masuk 2nd trial aku nak bertanam poko frangipani...bunga nya kaler merah, aku cantas dr tepi jalan yang nak menuju ke satok...


harap2lah blh tumbuh..dah masuk 2 minggu aku tanam..tapi pucuk baru belum kluar lagi nie

Piliharaya Sarawak 2011

Salam...

Pagi2 melintas jeraya otw nak ke tempat keja, ku ternampak banyak bendera samada biru muda or biru tua terpacak di sepanjang jalan... rasa meriah nak raya pun ada juak rasa ku tok..heheh..(nang ada~)




Whatever it is, pemandangan mcm tok hanya sekali setiap 4 tahun ..so memang bgslah mun kita benar2 dapat menghayati dan menikmati pemandangan tok dengan akal fikiran kita...

Just mok share dengan sesiapa yang terbaca dgn ke'kerepak'an aku tok, marek ku berjalan2 di area rumah ku dgn anak ku...saja re raun..di ujung taman rumah ku tok paduhal ada sorang wakil PKR bertanding di kawasan N.6 Tupong melawan Daud ya...rumahnya mun nak dibanding dgn Yb Daud, memang macam langit dengan bumi(malas ku nak menempek gmbr 2 igek rumah tok)...kak penamaan calon marek, ku tangga sigek 2 meja jak depan rumahnya...(di rumahnya dipolah nya bilik gerakan PKR ya).kesian pun ada ku dgn dak PKR tok...bendera nya pun jenis yang kain nipis, sik kedak kain bendera BN yang kain tebal..kayu pemegang pun jenis kayu yang kita carik dlm utan ya, bukan kedak kayu kain BN yang jenis macam kayu penyapu ya...nak jamuan pun kecil2an juak..dak bala2 nya masak..mun dak BN tek..riuh sekampung dah di sia..

ada lah juak kwn ku slalu minta tlg ku molah surat layang ke edar di setiap rumah..utk menyokong dak BN..ku polah jak...hujah2 nya yang nyata lah..kawan tolong kawan la...alu terkeluar la mulutnya..(kwn ku tok urg veteran BN),

"dak YB tok, mun sik di tolong polah, sikda effort lah sidak ya....semendak jaknya berkelakar bagai apa..."

aku diam tersenyum kedirik...mana2 org pun sama...

sorang gik kawan lamak ku bertanding di N.49 nangka..sik sangka nya bertanding atas tiket PKR..sama kelaie dgn aku dolok..bertumbuk indah...Norisham Ali namanya...sama umo...bertanding dgn Dr Annuar Rapa'e...katakanlah mun aku yang ngundi d area nangka tok, aku lebih kenal norisham tok dr dr sapa tah...so, all my vote will go to Norisham..but, bukan bermakna aku nyokong PKR pun...cuz dr aku vote urg yang aku sik kenal..dan 100% confirm urang ya pun sik kenal dgn aku, why shud i vote for unknown person?lagipun Norisham tok aku kenal since darjah satu agik..ku kenal mak bapak nya sapa...

But, opkos, BN di sarawak tok ssh sikit mok tumbang...kiranya Norisham tok cukup2 berani sebab berjaya mencalonkan dirinya (glorious clap to him)

Friday, March 11, 2011

Charice on glee

well..im a big fan of glee...and im a bit surprised that they're recruit another member into their glee cast....Charice a.k.a sunshine corazon...

im not so into artistes these days, so im looking into the internet to find out who she is...and to my surprise...she's asian, philiphine to be exact!

"Charmaine Clarice Relucio Pempengco (born May 10, 1992), often known by the mononym Charice, is a Filipina recording artist who rose to popularity through YouTube. Dubbed by Oprah Winfrey as the Most Talented Girl in the World,[1] she is the first and only Asian singer in history to land in the Top 10 of the Billboard 200 album chart.[2]
Crossing over to television acting, she has appeared on the second season of the hit TV series Glee as Sunshine Corazon.[3]

Pempengco was born in Laguna, Philippines.[4] Raised by a single mother, she helped support the family by joining amateur singing contests at age seven, from town fiestas in various provinces to singing competitions on TV.[5] She is said to have joined almost a hundred singing contests.[6]
In 2005, Charice joined Little Big Star, a talent show in the Philippines loosely patterned after American Idol. Eliminated after her first performance, she was later called back as a wildcard contender and eventually became one of the finalists. Although she was a consistent top scorer in the final rounds, she wasn't able to win the title in the finale and only placed third. [7]
Charice made minor appearances on local television shows and commercials, but essentially had fallen off the radar after her stint at Little Big Star. It was not until 2007 that she gained worldwide recognition after an avid supporter under the username FalseVoice, started posting a series of her performance videos on YouTube. These videos received over 13 million hit"

credited to http://en.wikipedia.org/wiki/Charice_Pempengco

 1st appearance

2nd appreance in glee

Wednesday, March 9, 2011

rumah untuk dijual di samarahan

salam...

sebenarnya aku just nak tolong kazen ku tok menjual rumahnya...


detailnya;
single storey int di kota samarahan, kuching
(3 rooms, 2 bathroom with kitchen & living room)

dijual bserta perabot dan kelengkapan sedia ada..

harga RM170k

sela komen or kol 0165777113 sekiranya berminat

...bg yang berumur 20-35thn dan berpendapatan kurang dr 3k, blh memohon "skim rumah pertamaku" yg baru dilancarkan oleh najib di www.srp.com.my/

Friday, February 25, 2011

Memohon Zuriat

Salam....entah macam mana, aku terserempak dengan doa nie...utk mohon zuriat katanya..


Doa Utk Diri Sendiri
Doa utk dapatkan anak lelaki
Doa utk dapatkan zuriat

Sunday, February 20, 2011

Sim3

Actually aku aim game nie dah lama dah...seawal 2009 tapi sygnya laptop aku bukannya jenis gaming so aku tak dapat nak donlod...baru2 nie, lepas aku jual laptop dan beli tak la hi end user laptop, tapi bolehla utk aku main sim3...






Sebab aku dah penah main Sim, Sim2 dan Simcity..takla susah sangat nak main dan takla bosan aku rasa...sebab aku ada permainan nya yg tersendiri dalam game nie...lagipun, aku main sim3 bukan sekadar nak membina family...siap aku buat the survival la...tgk sapa yg mati dulu dalam auto mode....heheheh

Lagipun, aku suka buat rumah, buat city dalam sim nie..aku nak pakai software yang hebat2 takleh sebab aku penah blajar autocad jer...nie pun aku tgh guna free software home 3d nak buat simple ID....the next step is to learn 3d max..hehehe

Saturday, February 5, 2011

mari berkebun semula

mulai sekarang, mood aku nak berkebun datang semua..especially sebab aku dah ada pembantu rumah yang boleh jaga syahmi, so boleh la aku meneruskan dan menghidupkan semula tanaman yang berada di sekitar rumah ku..kesian pokok pokok bunga ku, tak terjaga~

aku dah pun beli 4 bijik pasu reject yang aku beli di batu 4 1/2 kuching...satu berharga rm12...tapi aku ingat nak tanam bunga plumeria/frangipani atau lebih di kenali sebagai bunga kubur....
 bunga kubor (frangipani@plumeria) 

tapi aku dah jenjalan di nursery berhampiran, takder lah jual bunga nie...even di pasar satok pun tak der....so sekarang kalo aku nak bunga nie, samada aku kena amik kat tanah perkuburan or rumah orang..huhhuh..

camner nie?


Thursday, January 13, 2011

Alahai maid indon

Aku jenuh dah bercarik maid@ orang gaji@ pembantu rumah...dah dapat tapi nak keje 2 orang...kepala hotak dia nak suruh aku carik another maid.bukan aku nak bukak cleaning centre pun...lagikpun aku tak suruh dia kemas habis seluruh rumah, cuma sapu sikit2 and help my mum tolong jaga baby...bukan suruh masak pun..tak kuasa nak makan masakan dia..entah2 ada bendasing plak...

well, sebenarnya nak carik maid bukannya susah pun..tapi nak carik maid yang betul2 komited dengan keja memang payah. gaji tak nak kecik tapi keja tak nak banyak..ewah, ewah?!demand plak ngko nie yeak..

kat sini aku terasa sebagai rakyat malaysia, aku berasa tercabar dengan karenah rakyat indon nie...banyak cikadak...

bila marah2 macam nie kat org indon, aku plak nak marah dengan polisi kerajaan yang jaga sangat orang indon nie...


even kilang2 yang amik org indon keja nie pun sama...gaji and skop keja sama dgn rakyat malaysia, tapi rakyat msia mesti ada kelulusan SPM, sedangkan org indon masuk sekolah pun tarak masih gak diambik bekerja...
 
tapi, bila pikir2 lagi, banyak pak2 menteri termasuk lah dengan kepala menteri berasal dari indon, memanglah sokong indon mati2 punya...kesian rakyat tempatan bumiputera jadi terasing di bumi sendiri...tu pun kongsi sama taraf bumiputera dengan orang indon yang baru seploh doploh tahun kat malaysia..huhhuhuh