Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Pegedil Daging

sejak bulan ramadhan nie, aku gemar nak try nak buat makanan yang aku suka...malam tadi aku cuba buat pegedil daging...(resepi cilok dari internet pastu aku tgk bahan2 jer..yang lain tambah perasa sendiri~:)

so bahan-bahan nya cik puan~

  • 4 biji kentang(aku pilih yang sebesar genggam tangan dan rebus hingga hampir2 empuk)
  • segenggam daging cincang 
  • sepeket kecik sayur campur beku (ala, yang ada karot, kacang peas dan jagung, tapi guna 1/3 jer)
  • daun sup dicincang halus(kalo nak rasa sedap sikit~)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • secukup rasa pati ayam
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus kemudian dibukakan kulitnya, dipotong kiub dan dimasukkan dalam periuk.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, pati ayam, tepung jagung (dilarutkan dengan air) dan daun   sup
3. Semua bahan-bahan dimasak sekali lagi dalam periuk sehingga kentang lembut dan dilenyek2 bersama.
4. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.
5. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
6. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.



nah~amacam?

Saturday, April 10, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

setelah beberapa kali ku mikir samada mauk turun keja @ ngambik ujian PTD ari tok tek, aku memutuskan bahawa bagus aku sik pegi 2-2. duduk umah sambil ngemas umah jak..lagipun ari minggu mok berehat or ngerayo ke tempat lain gk...





so, alang2 ku berada di umah, adalah masa utk ku mencuba resepi baru, alang2 kmk duak laki ku dapat udang free minggu lepas, ku terasa nak molah udang goreng butter jak tek...





setelah mencarik2 resepi yg ku rasa logik dan boleh di ikut, maka ber masaklah aku ikut citarasa aku empun gk...

camtok lah rupanya kak di masak, tek byk agik.dah dimakan 3/4 dh..dgn kos yang kurang dr 2 henggit!!mun makan di pasar tek dah dlm rm15 setapak dah tok..

mun mok mencuba juak, ku engkah resepi nya di sitok...tapi sela2 lah tambah mana yg mok berkenan..

Bahan2

udang (of course la udang nak?)

kari ikan (beli peket rega 70 sen ya)

telur

ajinomoto dgn garam

mentega utk menggoreng

Cara2 memasak

Mentega ya tek potong setengah, masak dalam kuali dgn api sederhana dolok.mun bukak besar2 kelak ada angus mentega ya..tunggu nya cair dlm kuali..sementara menunggu nya mencair ya, pecahkan telur (sebijik duak la, tangga2 mana yg cukup, jgn sikit dan jgn byk gilak) dalam mangkuk besar, campur dgn serbuk kari, aji dengan garam...mun mok, engkah skali dengan daun kari (aku engkah tek, gedung umah ku ada nanam pokok kari) supaya kari lebih wangi. then, masukkan udang yg dah dibersihkan ke dalam mangkuk besar tek. mun sik muat, salin dalam besen jak..gaul2 biar sebati..mun mok rasa telur tok lebih lembut, engkah susu cair dikit..

so, bila mentega dah sepenuhnya mencair, masukkan udang dengan air telur ya ke dalam sehingga lah masak kering..dah masak, engkah dalam tapak dan sedia utk di makan..jgn angus udah..

Thursday, September 3, 2009

Resepi Kek Batik

Time posa mcm tok, lebih2 lagik kenak dgn diri aku yang sentiasa online 16 jam, sudah semestinya aku akan meng' gago' kan diri aku mencarik resepi2 di tenet tok...byk bah resepi, antara mauk sik mauk jak..bak kata pepatah'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.


Aku tok nak madah mauk polah kuih raya, dah masuk 3 tahun dah aku meng'order' kek dari orang lain....duit pun duit la...janji rasanya nyaman!daripada aku lelah2 molah kuih, pasya angus!rugi duit, rugi masa, rugi gula (dah naik rega), rugi mentega cap tong,rugi loyang (pa tek dah itam kenak kek angus, susah mauk cuci).


So, untuk berjinak2 di dunia dapur tok, biar aku mula dgn resepi yang mudah-mudah jak dolok...Kek Batik!!!aku suka kek tok, tp rami org berjual kuih tok kedekut coklat!huh!
KEK BATIK (ihsan dari http://www.ehoza.com)



Bahan-bahan

1/2 butter

1 paket kecil Milo ( Boleh beli di kedai paket kecil ni)

1/2 tin susu pekat

1 paket biskut Marie @ ikut suka

Cara-cara

Cairkan butter, masukkan milo dan susu

Kacau sampai sebati dan likat

Akhir sekali masukkan biskut Marie (patah-patahkan..senang nak kacau)

Kemudian angkat dan letak dalam bekas.

Tekan dan padatkan.

Masukkan dalam peti sejuk.

Setelah sejuk, sedia untuk dimakan.

Macam nyaman jak tok.....kak tok juak ku nyoba...