Sunday, August 30, 2009

Bercuti Sakan di Kem PLKN

Time aku kat Kem PLKN Junaco Park tu, aku rasa cukup beruntung sebab Kem tu macam dalam zoo...dahla aku ajar cuma program integrasi jer...sayangnya aku mengajar time puasa, jadi tak leh nak makan-makan, nak piknik-piknik kat sekeliling taman tue...


Dalam Kem tu aku rasa macam gi zoo plak...ada rusa..ada ikan naga...Ala, ikan naga nie kalo kita gi Giant kat semenanjung, mesti ada kat akuarium besar dia.(aku suka tengok kat Giant Senawang tu).Apa tah nama ikan tu...kalo tak silap, nama saintifik ikan tu adalah Arapaima.


Nampak tak ikan tu, besar kan?Dahla jinak...







Rusa pun ader gak...bukan yang berbaju kuning tu tau...





Semangat 1Malaysia dari Kem PLKN Junaco Park Siri 6 Kumpulan 3 2009


Senyuman mesra dari kami penceramah jemputan PLKN...iklan gigi sikit...

Aku jadi penceramah kat Kem tu cuma 5 hari ...ajar 3 modul jer, Kebudayaan, Keagamaan dan Peranan lelaki & perempuan...

Lepas abis ajar modul tu, sempat gak aku interbiu diorang...ada yang tak penah sekolah, ada yang dah awal2 lagi bergelar suami dan isteri orang..(dasyat gak tu.tp okla daripada mengandung luar nikah!)Then aku tanya la, lepas PLKN ni apa diorang nak buat.Antara jawapan yang aku dapat;

  • Life macam biasa, duduk kat umah..(erk, takkan takder muhasabah diri?)
  • Keje cam biasa, entah2 dah kene buang keje sebab dah 3 bulan tak keje..(isk2 kesian plak aku dengar)

Aku tanya lagi,

"Awak kan dah blajar banyak time masuk PLKN nie, takder perubahan diri ker?Sambung study ker, cari kerja yang bagus lagi ker?Yang takder keje tu cari keje ker or buat bisnes sendiri ker?"

Lagi, antara jawapan yang aku terima;

  • Malas
  • dah ada keje yang sesuai dengan jiwa raga, malas nak carik tokey lain.

Tapi ada satu jawapan yang cukup membuat aku terkedu mendengarnya..

"Ala cikgu, buat apa nak susah2. Lepas nie carik jer orang kaya, then kawin dengan dia. So secara automatik nya kita pun jadi kaya!Tak payah susah2 nak carik kejer sebab nak carik duit"

Aisey, macam tu plak jawapan dia..Sungguh canggih sekali..

So, dalam hal nie, aku rasa objektif Program PLKN nie susah la nak tercapai. Macam mana nak tercapai kalau manusia yang keluar dari Kem tu (kira graduate ler)sama dengan manusia yang mula-mula masuk dalam Kem tue?

Tapi yang nie aku cakap pasal siri tercicir nie aje la...Walau bagaimana pun, ada jugak sesetengah pelatih yang aku tanya memang berubah menjadi yang lebih baik...Cuma kerana atas desakan family atau pengaruh kengkawan yang menyebabkan mereka tersasar semasa di peringkat sekolah menengah.

Apa-apa pun, aku doakan mereka akan jadi manusia yang lebih baik untuk generasi rakyat Malaysia yang akan datang...Walaupun hanya 5 ari jer dengan diorang tapi rasa macam lama sangat kenal dengan diorang..

No comments:

Post a Comment