Monday, August 24, 2009

Long Way From Home

Elo everybody!!!!!!
Musim cuti sekolah melanda semula......!!!Kali ini lebih bermakna sebab...;
  • bulan ramadhan, dapat minta maaf sesama keluarga time pulang cuti.
  • aku keje part time jaga bebudak plkn, sebab tu balik kampung..

At least ada gak keje dan manfaat yang aku dapat sempena cuti balik kampung nie...

Aku bertolak pukul 3.30ptg dari Kuching menuju ke Sibu, selalu nya perjalanan sejauh 465km nie aku amik masa dalam 5 jam driving on the road...Nonstop, kalo stop makin lambat la..lagipun nak bukak posa dgn mak...lama dah tak tengok mak...Rindu gak dengan dia...Aku gi sorang jer kali nie, hubby kene jaga sekolah, bebudak nak UPSR tak lama lagi.

Sepanjang perjalanan tu, mula-mula aku bukak la radio untuk peneman setia. Tapi bila sampai serian, siaran favourite aku, hitzdotfm dah tak kedengaran plak...yang tinggal bunyi lebah..sayu-sayu jer bunyi org nyanyi, jadi aku off jer radio...aku plak yang menyanyi plak menghiburkan diri sendiri..Kalo aku senyap, memang sunyi la...Only left the sound of my heart banging on my head..hahaha


Pemandangan sebelum simpang Sri Aman. Gambar yang dibawah adalah pemandangan dari atas Bukit Bangunan


Kelajuan perjalanan aku pun tak la laju sangat, dalam lebih kurang 1.8km perminute jer...Hah, kira lah sendiri..Sampai sempat aku amik gambar pemandangan sekeliling...ada satu kali tu, sempat gak berlumba dengan satu kereta proton saga putih no plate QKS 4xxx.Mula-mula dia potong aku, lepas tu masa sampai kat Bukit Bangunan, aku potong dia balik, pastu dia nak potong aku tak dapat-dapat sampailah kat simpang Sri Aman. Aku belok ke Sibu, dia lurus ke Sri Aman...

Open burning!!!!!!Sebab orang nak tanam padi baru

Sepanjang dari Simpang Sri Aman tu menuju ke Sarikei, banyak dah rumah panjang moden yang aku tengok tepi jalan. Tapi tak sempat nak amik gambar...kang aku plak yang terbabas masuk dalam longkang..Aku pun malas nak berhenti...Lain kali jer la aku amik gambar tu.

And...

Aku sampai ke Sibu pukul 7.45pm...tak sempat nak berbuka puasa dengan mak..Tapi aku ajak mak aku makan kat Taman Harmoni, sebab aku suka sangat makan mee Brunei kat gerai Selera Malam. Sedap!!Mee Brunei nie sebenarnya sup dia yang best, sebab guna sup daging.


Inilah rupanya Mee Brunei!


Ok, need to go, see ya next time with different stories!!

No comments:

Post a Comment