Saturday, August 8, 2009

Pengalaman Ujian PTD pertama aku

Cam besa, aku bangun pagi lebih kurang kul 7am..Bukan apa, dah terbiasa bangun pagi2, kul 7am tu dah kira lambat jugakla bagi aku..maklum la, hari Sabtu, bukan waktu bekerja..tp hari ini aku kena duduk PTD exam..Itu yang membezakan hari Sabtu nie dgn hari Sabtu yang lepas-lepas.

Sebab pusat peperiksaan tu taklah jauh dr rumah aku, kira2 dalam 5 minit kut kalo naik keta..jalan kaki ada gak dlm 10 min..so aku g tepat kul 8.30 am..yela, exam kul 9am.walaupun dalam surat kata kene ada 30 min sebelum waktu mula peperiksaan, tp berdasarkan pengalaman aku amik Mtest (pun 1st time gak thn nie..keputusan nya adalah rayuan!), masuk dewan or kelas peperiksaan pun 15min sebelum ujian!

Pusat peperiksaan aku tu bersebelahan dgn sekolah rendah..nama pun hampir serupa...aku plak, tersalah nak g yg sekolah rendah.patutla tgk takder org pun yang g situ..bebudak sekolah rendah jer yang banyak.nasib aku guna logik...bertanya dgn salah seorg yg baru berhenti kat tempat parking...

Antara yang menyebabkan aku tersalah tempat (alasan jer la nie), adalah cara pemakaian calon2 exam ptd tersebut. ada yang pakai pakaian macam nak g shopping(ompuan ler), ada yang pakai jeans dgn baju tak berkolar dan paling mengharukan, berselipar di kaki! kalo tak salah aku, dalam surat panggilan exam kata pakaian formal...pakaian2 yang aku nyatakan tadi nie pakaian santai!


Nie Dewan Peperiksaan.Nampak tak ramai yang tak berpakaian formal?



Nie yang calon pakai jenas dgn slepar tadi!


Masa terluang antara exam tu (baru lepas 1 paper, tgh tunggu paper yang seterusnya), ada yang sempat bertelefon plak dalam dewan..bercakap2 dan tak kurang jugak ada yang menayangkan telefon dgn kawan sebelah.aku pun terasa nak kluarkan henpon tapi mungkin aku nie jenis yang ikut peraturan kot (ahak~),jadi aku pendamkan jer niat dalam ati..

Okla...aku rasa perkara2 yang dinyatakan oleh aku sebelum nie taklah penting sangat kut dalam ujian PTD kali ini..mungkin aspek pemakaian akan ditekankan semasa proses temuduga nanti..anyway,antara soalan-soalan yang sempat aku ingat;
  • apakah itu phishing?aku jawab similar web to steal no acc and password, rupanya email sent to steal no acc and password.
  • siapakah tongkat warrant?erk!nie patutnya aku blh jawap tapi aku jawap thman puteh!jawapan Usman Awang.Apakah yang terjadi pada memory aku?
  • apakah maksud RAM
  • fungsi Microsoft
  • Alatan utama Mak yong-aku jawab gendang..aku ingat gendang,apa2 pun mesti adakan?tapi rupanya rebab!aku pun tak tau apa rebab tu, bentuknya, warnanya, bau nya.heh!
  • Sukma 2010 akan diadakan di negeri mana? aku jawab melaka.nie jer yang betul.

Yang lain tu takyah la aku terangkan lagi...seksyen B aku tembak 3 soalan.malas nak kira2 lagipun abis masa dah...tapi berdasarkan apa yang aku ceritakan nie..korang pun blh buat kesimpulan kan nanti samada aku berjaya atau tidak...byk salah dari betul..tu baru pengetahuan am, lom lagi yang seksyen D dan E yang aku baru nak duduk petang nie..Adios!

2 comments:

  1. ai.. teruk ada juak, siap berjeans & selipar.. mmg la setakat exam.. tp perlu la menunjukkan ciri2 urg nak jd PTD mun dah mok sit for d exam.. hmm apa nak jadi oo..

    ReplyDelete
  2. yesss...dgn dah dijangka, aku gagal ujian ya..

    ReplyDelete